Penilaian Kualiti Udara Dalaman Yang Berkaitan Dengan Pendedahan Asap Rokok Basi Di Premis-Premis Awam Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2015-03
Authors
MOHD SAMIN, AHMAD SHALIHIN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pencemaran yang disebabkan oleh asap rokok boleh menyebabkan kemerosotan kualiti
udara dalaman. Ia juga turut menyebabkan kualiti kesihatan yang sangat tidak baik
sekiranya terdedah untuk jangka masa yang panjang. Pekerja yang bekerja di tempat
kerja yang tidak mengamalkan polisi bebas asap rokok berisiko tinggi mengidap
penyakit-penyakit berkaitan pendedahan asap rokok basi. Pengukuran indeks kualiti
udara dalaman zarahan ternafaskan berdiameter 2.5 mikrometer (PM2.5) dijalankan di
sekitar Pulau Pinang. Pengukuran ini melibatkan 74 buah premis pelbagai jenis yang
telah diwartakan di dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Pengukuran dijalankan secara longitudinal bermula daripada Jun 2009 sehingga Jun
2011. Kaedah pengukuran indeks kualiti udara berdasarkan kepada Protokol
Pengukuran Udara Dalaman Global melalui penggunaan alat TSI SidePak AM510
Personal Aerosol Monitor. Selain daripada pengukuran kualiti udara dalaman, kajian ini
juga menilai polisi larangan merokok di tempat kerja dan sokongan perokok terhadap
kawasan bebas asap rokok dengan menggunakan data kajian Tinjauan Polisi Pengawalan
Tembakau Antarabangsa (ITC) Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk tahun 2008
sehingga 2011. Daripada 74 buah premis yang diukur, 74% (n=55) dikategorikan
sebagai premis larangan merokok dan 26% (n=19) pula dikecualikan daripada larangan
merokok.
Description
Keywords
Penilaian Kualiti Udara Dalaman Yang Berkaitan Dengan Pendedahan Asap Rokok Basi , Di Premis-Premis Awam Di Pulau Pinang