Penilaian Kualiti Udara Dalaman Yang Berkaitan Dengan Pendedahan Asap Rokok Basi Di Premis-Premis Awam Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorMOHD SAMIN, AHMAD SHALIHIN
dc.date.accessioned2016-04-15T08:33:23Z
dc.date.available2016-04-15T08:33:23Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractPencemaran yang disebabkan oleh asap rokok boleh menyebabkan kemerosotan kualiti udara dalaman. Ia juga turut menyebabkan kualiti kesihatan yang sangat tidak baik sekiranya terdedah untuk jangka masa yang panjang. Pekerja yang bekerja di tempat kerja yang tidak mengamalkan polisi bebas asap rokok berisiko tinggi mengidap penyakit-penyakit berkaitan pendedahan asap rokok basi. Pengukuran indeks kualiti udara dalaman zarahan ternafaskan berdiameter 2.5 mikrometer (PM2.5) dijalankan di sekitar Pulau Pinang. Pengukuran ini melibatkan 74 buah premis pelbagai jenis yang telah diwartakan di dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Pengukuran dijalankan secara longitudinal bermula daripada Jun 2009 sehingga Jun 2011. Kaedah pengukuran indeks kualiti udara berdasarkan kepada Protokol Pengukuran Udara Dalaman Global melalui penggunaan alat TSI SidePak AM510 Personal Aerosol Monitor. Selain daripada pengukuran kualiti udara dalaman, kajian ini juga menilai polisi larangan merokok di tempat kerja dan sokongan perokok terhadap kawasan bebas asap rokok dengan menggunakan data kajian Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk tahun 2008 sehingga 2011. Daripada 74 buah premis yang diukur, 74% (n=55) dikategorikan sebagai premis larangan merokok dan 26% (n=19) pula dikecualikan daripada larangan merokok.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1922
dc.subjectPenilaian Kualiti Udara Dalaman Yang Berkaitan Dengan Pendedahan Asap Rokok Basien_US
dc.subjectDi Premis-Premis Awam Di Pulau Pinangen_US
dc.titlePenilaian Kualiti Udara Dalaman Yang Berkaitan Dengan Pendedahan Asap Rokok Basi Di Premis-Premis Awam Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: