Teknik. Dan Taktik Pemujukan Dalam Iklan Majalah Femina Dan Kartini: Satu Analisis Kandungan
Loading...
Date
1999-03
Authors
Ihza, Yustiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sebuah ik1an mengandungi unsur maklumat dan unsur pemujukan. Dalam suatu
situasi persaingan yang sengit, unsur pemujukan Iebih menonjol daripada unsur
maklumat. Pada kenyataannya, kedua-dua unsur itu tidak boleh dipisahkan daripada satu
sarna lain kerana maklumat mengenai suafu produk seringkali digunakan untuk membujuk
khalayak sasaran supaya membelinya. Maka maklumat sesuatu produk menjadi alat
pemujukan. Oleh kerana itu, unsur maklumat dan unsur pemujukan diintegrasikan dalam
sebuah iklan.
Dari fenomena ini, maka boleh dilihat bahawa unsur pemujukan dalam iklan lebih
banyak daripada unsur pemujukan, umpamanya dalam iklan produk tidak tahan lama.
Oleh itu, kajian ini memfokuskan kcpada analisis iklan produk tidak tahan lama.
Pemilihan ini berasaskan dua alasan: (i) khalayak sasaran seringkali bergantung pada iklan
(sebagai sehuah rujukan) untuk membeli sesuatu produk tidak tahan lama; (ii) produk
tidak tahan lama seringkali ditujukan pada golongan wanita, kerana mereka adalah
pengambil keputusan dalam pembelian produk-produk tersebut.
Kajian ini bertujuanĀ· untuk mengetahui kecenderungan teknik danĀ· taktik
pemujukan yang digunakan dalam iklan produk tidak tahan lama yang wujud dalam
rnajalah Femina dan Kartini. Iklan-iklan produk tidak tahan lama yang dipaparkan pada
bulan Disember 1996, Disember 1997 dan Disember 1998 dipilih sebagai sampe1 analisis
kandungan untuk tujuan kajian ini. Tajuk utama, tajuk ked!, teks dan slogan iklan akan
diambil untuk dianalisis.
Ada 4 kategori produk tidak tahan lama yang dicakup dalam kajian ini: i) produk
perawatan peribadi, ii) produk makananiminuman, iii) produk ubat-ubatan, dan iv)
produk kebersihan rumah tangga. Pengkategorian ini akan menentukan sarna ada jenis
produk yang berbeza akan mempengaruhi teknik dan taktik pemujukan yang digunakan
dalam iklan-iklan mereka.
PeIjwnpaan~perjumpaan kajian ini mendapati produk tidak tahan lama secara
amnya men&:,ounakan teknik memperhebat berserta taktik perhubungan.
Pengkategorisasiall produk kepada 4 jenis tersebut tidak mempengaruhi teknik dan taktik
pemujukan yang digunakan. Namun, ia berpengaruh terhadap taktik perhubungan yang
digunakan, memandangkan setiap produk mempunyai eiri-em dan fungsi-fungsi masingmasing.
Analisis berasingan terhadap tajuk utama, tajuk kedl, teks, dan slogan dalam
kajian ll11 mendapati kebanyakan iklan terse but tidak menggwIakan teknik
memperhcbatlmengurangi untuk tajuk utama dan tajuk kecil. MaJah pemyataan neutral
digunakan untuk unsur-unsur tersebut.
Description
Keywords
Komunikasi , Teknik. Dan Taktik Pemujukan