Perubahan Pentadbiran Daerah Dan Tanah Di Balik Pulau, Pulau Pinang 1888-1956
Loading...
Date
2016-03
Authors
Malim, Mohd Nasser
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah mengenai perkembangan Balik Pulau yang bermula dengan
pembukaannya pada pertengahan 1840-an sehingga menjadi sebuah kawasan penempatan
yang penting kepada negeri Pulau Pinang. Kajian ini juga memberi gambaran menyeluruh
dan lengkap mengenai corak pentadbiran Balik Pulau secara tradisional dan semasa
pendudukan British. Selain itu, kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Balik Pulau dan
pentadbiran tanah turut diberikan perhatian dalam kajian ini. Sumber-sumber yang digunakan
ialah fail-fail jabatan kerajaan, transkripsi surat menyurat Francis Light 1780-1790, rekodrekod
negeri-negeri selat 1797-1880, buku tulisan para sarjana dan koleksi akhbar sebelum
merdeka. Hasil kajian mendapati pentadbiran British telah berjaya melakukan perubahan
kepada perkembangan dan kemajuan Balik Pulau melalui beberapa pendekatan seperti
menyusun semula pentadbiran kampung dan mukim, menubuhkan Pejabat Daerah Balik
Pulau, membangunkan prasarana dan infrastruktur Balik Pulau, serta memantap dan
menambahbaikkan sektor pertanian dan perladangan. Di samping itu, British juga
memperkenalkan peraturan dan undang-undang tanah selaras dengan perkembangan
pentadbiran tanah di semenanjung tanah melayu. Hasilnya British telah berjaya mengubah
landskap Balik Pulau dari sebuah kawasan mundur menjadi sebuah bandar dan daerah yang
moden. Hasil kajian ini diharap dapat mencetuskan minat ahli akademik dan sejarawan untuk
terus mengkaji dan menyelidik sejarah Balik Pulau.
Description
Keywords
Pentadbiran