Perubahan Pentadbiran Daerah Dan Tanah Di Balik Pulau, Pulau Pinang 1888-1956

dc.contributor.authorMalim, Mohd Nasser
dc.date.accessioned2017-01-25T04:02:53Z
dc.date.available2017-01-25T04:02:53Z
dc.date.issued2016-03
dc.description.abstractKajian ini adalah mengenai perkembangan Balik Pulau yang bermula dengan pembukaannya pada pertengahan 1840-an sehingga menjadi sebuah kawasan penempatan yang penting kepada negeri Pulau Pinang. Kajian ini juga memberi gambaran menyeluruh dan lengkap mengenai corak pentadbiran Balik Pulau secara tradisional dan semasa pendudukan British. Selain itu, kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Balik Pulau dan pentadbiran tanah turut diberikan perhatian dalam kajian ini. Sumber-sumber yang digunakan ialah fail-fail jabatan kerajaan, transkripsi surat menyurat Francis Light 1780-1790, rekodrekod negeri-negeri selat 1797-1880, buku tulisan para sarjana dan koleksi akhbar sebelum merdeka. Hasil kajian mendapati pentadbiran British telah berjaya melakukan perubahan kepada perkembangan dan kemajuan Balik Pulau melalui beberapa pendekatan seperti menyusun semula pentadbiran kampung dan mukim, menubuhkan Pejabat Daerah Balik Pulau, membangunkan prasarana dan infrastruktur Balik Pulau, serta memantap dan menambahbaikkan sektor pertanian dan perladangan. Di samping itu, British juga memperkenalkan peraturan dan undang-undang tanah selaras dengan perkembangan pentadbiran tanah di semenanjung tanah melayu. Hasilnya British telah berjaya mengubah landskap Balik Pulau dari sebuah kawasan mundur menjadi sebuah bandar dan daerah yang moden. Hasil kajian ini diharap dapat mencetuskan minat ahli akademik dan sejarawan untuk terus mengkaji dan menyelidik sejarah Balik Pulau.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3569
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPentadbiranen_US
dc.titlePerubahan Pentadbiran Daerah Dan Tanah Di Balik Pulau, Pulau Pinang 1888-1956en_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
MOHD NASSER BIN MALIM (NN).pdf
Size:
1.2 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: