Tanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya Di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia
Loading...
Date
2015-01
Authors
JHONSON
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pelancongan budaya mempunyai peranan yang penting dalam membina
kesejahteraan masyarakat tempatan. Namun demikian, pelancongan budaya di
Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia masih menghadap pelbagai perkara
yang perlu diselesaikan. Oleh itu, penting untuk mengkaji dan menyelidiki
pelancongan budaya di Kabupaten Samosir. Terdapat empat angkubah dalam
pengkajian ini, iaitu tanggapan pemerintah daerah, tanggapan masyarakat tempatan,
tanggapan industri pelancongan dan pelancongan budaya. Walau bagaimana pun,
pengkajian selama ini sering menyelidiki secara terpisah kesan polisi pemerintah,
masyarakat tempatan, dan industri pelancongan terhadap pelancongan budaya. Masih
sedikit kajian yang menyelidiki kesan terhadap pelancongan budaya di Kabupaten
Samosir. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tanggapan pemerintah
daerah terhadap pelancongan budaya, menganalisis tanggapan masyarakat tempatan
terhadap pelancongan budaya dan menganilisis tanggapan industri pelancongan
terhadap pelancongan budaya. Data kajian diperolehi dari Jabatan Pelancongan, Seni
dan Kebudayaan, kabupaten Samosir dan masyarakat tempatan. Soal selidik
digunakan 368 responden. Pengumpulan data primer dilaksanakan dengan
menggunakan soal selidik mahupun temubual dengan para informan, manakala
pengolahan data menggunakan kaedah analisis kualitatif dan kuantitatif.
Penyelidikan ini bermanfaat memberikan maklumat yang dapat dijadikan sebagai
acuan, menambah khazanah bacaan, khas pelancongan budaya. Selain itu,
penyelidikan ini juga bermanfaat bagi semua pihak, utamanya dalam menetapkan
polisi oleh pemerintah dan institusi yang berhubungkait.
Description
Keywords
Tanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya , Di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia