Tanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya Di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia

dc.contributor.authorJHONSON
dc.date.accessioned2016-05-03T03:36:42Z
dc.date.available2016-05-03T03:36:42Z
dc.date.issued2015-01
dc.description.abstractPelancongan budaya mempunyai peranan yang penting dalam membina kesejahteraan masyarakat tempatan. Namun demikian, pelancongan budaya di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia masih menghadap pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Oleh itu, penting untuk mengkaji dan menyelidiki pelancongan budaya di Kabupaten Samosir. Terdapat empat angkubah dalam pengkajian ini, iaitu tanggapan pemerintah daerah, tanggapan masyarakat tempatan, tanggapan industri pelancongan dan pelancongan budaya. Walau bagaimana pun, pengkajian selama ini sering menyelidiki secara terpisah kesan polisi pemerintah, masyarakat tempatan, dan industri pelancongan terhadap pelancongan budaya. Masih sedikit kajian yang menyelidiki kesan terhadap pelancongan budaya di Kabupaten Samosir. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tanggapan pemerintah daerah terhadap pelancongan budaya, menganalisis tanggapan masyarakat tempatan terhadap pelancongan budaya dan menganilisis tanggapan industri pelancongan terhadap pelancongan budaya. Data kajian diperolehi dari Jabatan Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, kabupaten Samosir dan masyarakat tempatan. Soal selidik digunakan 368 responden. Pengumpulan data primer dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik mahupun temubual dengan para informan, manakala pengolahan data menggunakan kaedah analisis kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan ini bermanfaat memberikan maklumat yang dapat dijadikan sebagai acuan, menambah khazanah bacaan, khas pelancongan budaya. Selain itu, penyelidikan ini juga bermanfaat bagi semua pihak, utamanya dalam menetapkan polisi oleh pemerintah dan institusi yang berhubungkait.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1975
dc.subjectTanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budayaen_US
dc.subjectDi Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesiaen_US
dc.titleTanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya Di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesiaen_US
dc.title.alternativeTanggapan Masyarakat Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya Di Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: