PERUMAHAN MODEN BERKONSEPKAN KAMPUNG TRADISIONAL DAN SIGNIFIKANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA MELAYU KAJIAN KES KAMPUNG TRADISI LEMBAH KERIAN, KBG. PASU, KEDAH
Loading...
Date
2005-03
Authors
ISMAIL, MAZRAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Ketidaksesuaian kebanyakan perumahan moden dengan sosiobudaya masyarakat Melayu
sehinggakan telah menghasilkan pelbagai kepineangan sosial tetah mendorong kepada
wujudnya konsep perumahan mod en ala kampung tradisional yang dikatakan lebih sensitif
dengan cara hidup masyarakat Melayu termasuklah dalam konteks masa kini. Berhubung
dengan hal inilah maka projek penyelidikan ini telah dijalankan dengan anggapan bahawa
konsep perumahan sebegini adalah signifikan terhadap sosiobudaya Melayu terutamanya
dalam menjamin keutuhan institusi kekeluargaan, kemesraan hubungan kejiranan dan juga
kekuatan institusi kemasyarakatan. Malah kajian ini juga turut menilai kesignifikanan
konsep peru mahan sebegini terhadap kelangsungan bentuk dan keunikan kebudayaan,
pengekalan nilai suei dalam hal keagamaan, pertimbangan besar masyarakat terhadap
aspek pendidikan dan juga dalam soal kestabilan politik khususnya tadbiran di peringkat
perkampungan. Keseluruhan aspek ini tetah dikaji berdasarkan kaedah analisis kualitatif
dan juga kuantitatif bagi mengukur tahap sebenar akan kesan, kesesuaian, keselesaan dan
juga kepuasan masyarakat Melayu yang teJah mendiami kawasan perumahan
berkonsepkan sebegini pad a masa ini. Dalam hal ini, Kampung Tradisi Lembah Kerian di
Kubang Pasu, Kedah tetah dipilih untuk dijadikan kawasan kajian kes dengan 50 orang
penduduknya telah dijadikan sampe/ penyelidikan me/alui kaedah borang soal se/idik yang
telah diedarkan. Hasilnya, berdasarkan penemuan daripada kajian ini didapati bahawa
berbanding dengan perumahan moden tipika/ yang lain, terdapat pelbagai kesan yang lebih
positif telah terhasif daripada konsep perumahan sebegini khususnya yang melibatkan
hubungan yang lebih erat antara sanak saudara, jiran tetangga, semangat kekitaan di
kalangan seJuruh penduduk kampung dan juga berkenaan institusi penghulu yang didapati
Jebih relevan dengan kehendak mereka. Pun begitu penemuan yang juga turut mendapati
bahawa terdapat beberapa keJemahan tertentu terutamanya yang melibatkan keluasan dan
susunan ruang rumah yang menjejaskan 'sedikit keselesaan penduduknya haruslah
dipastikan tidak lagi berulang dafam pembangunan konsep perumahan sebegini di masa
akan datang. Dipercayai, berdasarkan penemuan-penemuan daripada kajian ini yang jelas
menunjukkan akan kesignifikanannya terhadap sosiobudaya Melayu walaupun dengan
beberapa kelemahan tertentunya yang boleh dipertingkatkan, ia wajar dijadikan rujukan,
panduan atau menjadi bentuk perumahan altematif yang berguna dalam usaha kita untuk
mewujudkan pembangunan perumahan negara yang bukan sahaja lebih sensitif dan
sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Me/ayu dalam konteks kekinian, malah juga untuk
kepentingan generasi Melayu di masa akan datang.
Description
Keywords
PERUMAHAN MODEN , KAMPUNG TRADISIONAL