PERUMAHAN MODEN BERKONSEPKAN KAMPUNG TRADISIONAL DAN SIGNIFIKANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA MELAYU KAJIAN KES KAMPUNG TRADISI LEMBAH KERIAN, KBG. PASU, KEDAH
dc.contributor.author | ISMAIL, MAZRAN | |
dc.date.accessioned | 2016-01-12T03:44:45Z | |
dc.date.available | 2016-01-12T03:44:45Z | |
dc.date.issued | 2005-03 | |
dc.description.abstract | Ketidaksesuaian kebanyakan perumahan moden dengan sosiobudaya masyarakat Melayu sehinggakan telah menghasilkan pelbagai kepineangan sosial tetah mendorong kepada wujudnya konsep perumahan mod en ala kampung tradisional yang dikatakan lebih sensitif dengan cara hidup masyarakat Melayu termasuklah dalam konteks masa kini. Berhubung dengan hal inilah maka projek penyelidikan ini telah dijalankan dengan anggapan bahawa konsep perumahan sebegini adalah signifikan terhadap sosiobudaya Melayu terutamanya dalam menjamin keutuhan institusi kekeluargaan, kemesraan hubungan kejiranan dan juga kekuatan institusi kemasyarakatan. Malah kajian ini juga turut menilai kesignifikanan konsep peru mahan sebegini terhadap kelangsungan bentuk dan keunikan kebudayaan, pengekalan nilai suei dalam hal keagamaan, pertimbangan besar masyarakat terhadap aspek pendidikan dan juga dalam soal kestabilan politik khususnya tadbiran di peringkat perkampungan. Keseluruhan aspek ini tetah dikaji berdasarkan kaedah analisis kualitatif dan juga kuantitatif bagi mengukur tahap sebenar akan kesan, kesesuaian, keselesaan dan juga kepuasan masyarakat Melayu yang teJah mendiami kawasan perumahan berkonsepkan sebegini pad a masa ini. Dalam hal ini, Kampung Tradisi Lembah Kerian di Kubang Pasu, Kedah tetah dipilih untuk dijadikan kawasan kajian kes dengan 50 orang penduduknya telah dijadikan sampe/ penyelidikan me/alui kaedah borang soal se/idik yang telah diedarkan. Hasilnya, berdasarkan penemuan daripada kajian ini didapati bahawa berbanding dengan perumahan moden tipika/ yang lain, terdapat pelbagai kesan yang lebih positif telah terhasif daripada konsep perumahan sebegini khususnya yang melibatkan hubungan yang lebih erat antara sanak saudara, jiran tetangga, semangat kekitaan di kalangan seJuruh penduduk kampung dan juga berkenaan institusi penghulu yang didapati Jebih relevan dengan kehendak mereka. Pun begitu penemuan yang juga turut mendapati bahawa terdapat beberapa keJemahan tertentu terutamanya yang melibatkan keluasan dan susunan ruang rumah yang menjejaskan 'sedikit keselesaan penduduknya haruslah dipastikan tidak lagi berulang dafam pembangunan konsep perumahan sebegini di masa akan datang. Dipercayai, berdasarkan penemuan-penemuan daripada kajian ini yang jelas menunjukkan akan kesignifikanannya terhadap sosiobudaya Melayu walaupun dengan beberapa kelemahan tertentunya yang boleh dipertingkatkan, ia wajar dijadikan rujukan, panduan atau menjadi bentuk perumahan altematif yang berguna dalam usaha kita untuk mewujudkan pembangunan perumahan negara yang bukan sahaja lebih sensitif dan sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Me/ayu dalam konteks kekinian, malah juga untuk kepentingan generasi Melayu di masa akan datang. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/1451 | |
dc.subject | PERUMAHAN MODEN | en_US |
dc.subject | KAMPUNG TRADISIONAL | en_US |
dc.title | PERUMAHAN MODEN BERKONSEPKAN KAMPUNG TRADISIONAL DAN SIGNIFIKANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA MELAYU KAJIAN KES KAMPUNG TRADISI LEMBAH KERIAN, KBG. PASU, KEDAH | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: