Pelaksanaan Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia
Loading...
Date
2017-08
Authors
Ahmad Shukor, Ahmad Shaifful Anuar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pertambahan
bilangan Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini juga mendorong kerajaan untuk
merangka dasar dan strategi yang mantap agar IPT dapat terus berdaya saing.
Namun, kebanyakan IPT ini mempunyai dana yang terhad untuk membiayai
keperluan pendidikan. Penyelesaian kepada perkara ini perlu dengan melihat wakaf
sebagai salah satu alternatif bagi menangani permasalahan yang timbul. Di samping
itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah meletakkan wakaf sebagai
salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pentadbiran universiti. Oleh itu,
pelaksanaan wakaf di IPT ini seharusnya diteliti agar wakaf dapat dioptimumkan
penggunaannya. Justeru, kajian ini ditulis dengan matlamat untuk mengenal pasti
serta menganalisis pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dan akhirnya, kajian ini
merumuskan pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Kajian ini berbentuk
penerokaan dan deskriptif. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian dokumen
serta temu bual mendalam responden. Data ini kemudiannya dianalisis dengan
kaedah Analisis Kandungan Kualitatif. Akhirnya, kajian ini menghasilkan lima
dapatan. Pertama, kaedah tadbir urus wakaf di IPT seharusnya mempunyai
pentadbiran wakaf yang lebih efektif, perundangan wakaf yang lebih seragam serta
fleksibel, pelaporan yang lebih berintegriti serta sistematik dan penyertaan
pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi yang menyeluruh. Kedua, kaedah pengurusan
aset wakaf di IPT seharusnya mempunyai kaedah kutipan serta agihan yang lebih
sistematik, sistem maklumat yang lebih efisien dan perancangan yang lebih
produktif. Ketiga, wujudnya lima cabaran utama pelaksanaan wakaf pendidikan
tinggi Malaysia iaitu tahap kefahaman yang masih sederhana, penyertaan politik
yang masih kurang, ekonomi yang tidak stabil, demografi yang pelbagai dan tadbir
urus yang masih tidak efisien. Keempat, kesan pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi
ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pihak pewakaf akan menerima pahala secara
berterusan dan kepada penerima wakaf iaitu pihak IPT akan menerima manfaat
seperti pengurangan kos pembinaan, kos penyelenggaraan, kos gaji pekerja serta kos
penyelidikan dan pihak pelajar akan menerima manfaat seperti biasiswa serta
pengurangan yuran pengajian. Kelima, cadangan kaedah pemerkasaan wakaf di IPT
adalah melalui pembudayaan wakaf pendidikan tinggi, pengurusan wakaf pendidikan
tinggi yang lebih efektif, kepelbagaian instrumen wakaf pendidikan tinggi, kaedah
pembiayaan wakaf pendidikan tinggi yang lebih efisien, pelaburan wakaf pendidikan
tinggi yang lebih optimum dan pengukuhan jaringan pintar alumni universiti. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian ini akan memperkembangkan dan memperkukuhkan
ilmu berkaitan wakaf dalam penggunaannya di pendidikan tinggi Malaysia
terutamanya.
Description
Keywords
Pelaksanaan Wakaf , pendidikan tinggi Malaysia