Pelaksanaan Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia

dc.contributor.authorAhmad Shukor, Ahmad Shaifful Anuar
dc.date.accessioned2018-01-15T01:43:12Z
dc.date.available2018-01-15T01:43:12Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractPendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pertambahan bilangan Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini juga mendorong kerajaan untuk merangka dasar dan strategi yang mantap agar IPT dapat terus berdaya saing. Namun, kebanyakan IPT ini mempunyai dana yang terhad untuk membiayai keperluan pendidikan. Penyelesaian kepada perkara ini perlu dengan melihat wakaf sebagai salah satu alternatif bagi menangani permasalahan yang timbul. Di samping itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah meletakkan wakaf sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pentadbiran universiti. Oleh itu, pelaksanaan wakaf di IPT ini seharusnya diteliti agar wakaf dapat dioptimumkan penggunaannya. Justeru, kajian ini ditulis dengan matlamat untuk mengenal pasti serta menganalisis pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dan akhirnya, kajian ini merumuskan pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Kajian ini berbentuk penerokaan dan deskriptif. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian dokumen serta temu bual mendalam responden. Data ini kemudiannya dianalisis dengan kaedah Analisis Kandungan Kualitatif. Akhirnya, kajian ini menghasilkan lima dapatan. Pertama, kaedah tadbir urus wakaf di IPT seharusnya mempunyai pentadbiran wakaf yang lebih efektif, perundangan wakaf yang lebih seragam serta fleksibel, pelaporan yang lebih berintegriti serta sistematik dan penyertaan pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi yang menyeluruh. Kedua, kaedah pengurusan aset wakaf di IPT seharusnya mempunyai kaedah kutipan serta agihan yang lebih sistematik, sistem maklumat yang lebih efisien dan perancangan yang lebih produktif. Ketiga, wujudnya lima cabaran utama pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi Malaysia iaitu tahap kefahaman yang masih sederhana, penyertaan politik yang masih kurang, ekonomi yang tidak stabil, demografi yang pelbagai dan tadbir urus yang masih tidak efisien. Keempat, kesan pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pihak pewakaf akan menerima pahala secara berterusan dan kepada penerima wakaf iaitu pihak IPT akan menerima manfaat seperti pengurangan kos pembinaan, kos penyelenggaraan, kos gaji pekerja serta kos penyelidikan dan pihak pelajar akan menerima manfaat seperti biasiswa serta pengurangan yuran pengajian. Kelima, cadangan kaedah pemerkasaan wakaf di IPT adalah melalui pembudayaan wakaf pendidikan tinggi, pengurusan wakaf pendidikan tinggi yang lebih efektif, kepelbagaian instrumen wakaf pendidikan tinggi, kaedah pembiayaan wakaf pendidikan tinggi yang lebih efisien, pelaburan wakaf pendidikan tinggi yang lebih optimum dan pengukuhan jaringan pintar alumni universiti. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini akan memperkembangkan dan memperkukuhkan ilmu berkaitan wakaf dalam penggunaannya di pendidikan tinggi Malaysia terutamanya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5376
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPelaksanaan Wakafen_US
dc.subjectpendidikan tinggi Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: