Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Koswer Multimedia Dalam Pembelajaran Tenaga Elektrik

dc.contributor.authorSriadhi, Sriadhi
dc.date.accessioned2016-08-30T04:29:13Z
dc.date.available2016-08-30T04:29:13Z
dc.date.issued2015-12
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan koswer multimedia yang mengaplikasikan strategi penyusunan bahan pembelajaran secara berturutan dan strategi penyusunan bahan pembelajaran secara selari yang boleh diakses secara bebas bagi kursus Penjanaan Tenaga Elektrik. Kebolehan pelajar dalam kursus ini masih di tahap yang sederhana dan bahan pembelajaran kursus banyak bersifat abstrak dan konseptual yang telah dikenal pasti menjadi permasalahan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, koswer yang dibina dalam kajian ini digunakan untuk meningkatkan pencapaian ingat kembali dan ketekalan ingatan (pemboleh ubah bersandar) bagi pelajar yang berbeza keupayaan spatial (pemboleh ubah moderator). Koswer dibangunkan dalam dua versi, iaitu Classic Tutorial (CTLn) dan Exploratory Tutorial (ETLn) (pemboleh ubah bebas). Pembangunan koswer berasaskan kepada model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran oleh Alessi dan Trollip (2001). Kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial 2 x 2. Seramai 142 orang pelajar universiti dijadikan sampel dalam penyelidikan ini terdiri daripada 68 orang bagi CTLn dan 74 bagi ETLn dengan rawatan selama empat minggu. Dapatan ujian ANCOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian skor ingat kembali berdasarkan perbezaan keupayaan spatial pelajar. Didapati juga CTLn lebih berkesan berbanding ETLn, kecuali bagi pelajar yang berkeupayaan spatial tinggi (KS-T). Bagi pencapaian skor ketekalan ingatan didapati perbezaan keupayaan spatial lebih berkesan berbanding dengan perbezaan mod pembelajaran. Manakala dapatan ujian ANOVA sehala menunjukkan tahap motivasi lebih tinggi ke atas penggunaan koswer CTLn berbanding koswer ETLn, kecuali bagi pelajar KS-T. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan koswer multimedia telah berjaya meningkatkan pencapaian skor ingat kembali dan ketekalan ingatan di kalangan pelajar. Tahap motivasi juga dilihat tinggi kesan daripada penggunaan kedua-dua koswer multimedia tersebut. Dapatan kajian ini memberi sumbangan bagi inovasi pembelajaran terutamanya dalam pendidikan teknologi kejuruteraan. Kajian ini telah membuktikan bahawa pembelajaran CTLn yang menggunakan kaedah penyusunan bahan pembelajaran secara berturutan dan hierarki lebih berkesan berbanding pembelajaran ETLn yang menggunakan kaedah penyusunan bahan pembelajaran secara selari yang boleh diakses secara bebas.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2428
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMultimediaen_US
dc.subjectKoswer : Classic Tutorial (CTLn) dan Exploratory Tutorial (ETLn) (pemboleh ubah bebas)en_US
dc.titlePembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Koswer Multimedia Dalam Pembelajaran Tenaga Elektriken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: