Penyediaan Dan Pencirian Porselin Berliang Yang Dihasilkan Melalui Kaedah Replika Span Polimer Dan Mengaplikasikannya Sebagai Bahan Teras Komposit Sandwic
Loading...
Date
2010-11
Authors
Nor, Mohd Al Amin Muhamad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Porselin berliang yang berketumpatan rendah dihasilkan melalui kaedah replika span
polimer. Enam span polimer komersil berbeza ketumpatan (13.4-37.8 kg/m3) telah
digunakan sebagai pencontoh yang masing-masing diisitepukan dengan sebelas
kandungan pepejal berbeza (10-60% berat). Sampel disinter pada suhu 1250°C
selama dua jam. Pemerhatian keadaan fizikal, penentuan ketumpatan, peratus
keliangan, ujian mekanikal dan pemerhatian mikrostruktur menggunakan FESEM
telah dijalankan. Pemerhatian mendapati keadaan fizikal sampel selepas pensinteran
sangat dipengaruhi oleh ketumpatan pencontoh dan jumlah kandungan pepejal yang
digunakan. Pemerhatian keadaan fizikal menunjukkan bahawa sampel yang
dihasilkan pada 20-45% kandungan pepejal berkeadaan baik untuk kesemua
pencontoh yang dikaji. Microstruktur porselin berliang pula terdiri daripada
kombinasi liang-liang terbuka dan tertutup. Ketumpatan, peratus keliangan dan
kekuatan mekanikal porselin berliang kurang dipengaruhi oleh ketumpatan
pencontoh pada kandungan pepejal < 35%. Pada kandungan pepejal < 35%,
ketumpatan dan kekuatan mekanikal masing-masing kurang dari 1100 kg/m3 dan 6
MPa manakala peratus keliangan melebihi 40%. Porselin berliang terbaik yang
dihasilkan pada 45% kandungan pepejal menggunakan pencontoh berketumpatan
37.8 kg/m3 telah digunakan sebagai bahan teras komposit sandwic dengan
merekatkannya kepada bahan kulit (dua kepingan aluminium). Komposit sandwic
dihasilkan pada lima panjang teras berbeza (160-350 mm), lima ketebalan teras
berbeza (14-74 mm) dan empat ketebalan kulit berbeza (0.5-2.0 mm) dan dicirikan
melalui ujian lenturan tiga titik.
Description
Keywords
Penyediaan Dan Pencirian Porselin Berliang , Yang Dihasilkan Melalui Kaedah Replika Span Polimer