Penyediaan Dan Pencirian Porselin Berliang Yang Dihasilkan Melalui Kaedah Replika Span Polimer Dan Mengaplikasikannya Sebagai Bahan Teras Komposit Sandwic
dc.contributor.author | Nor, Mohd Al Amin Muhamad | |
dc.date.accessioned | 2018-08-06T07:28:42Z | |
dc.date.available | 2018-08-06T07:28:42Z | |
dc.date.issued | 2010-11 | |
dc.description.abstract | Porselin berliang yang berketumpatan rendah dihasilkan melalui kaedah replika span polimer. Enam span polimer komersil berbeza ketumpatan (13.4-37.8 kg/m3) telah digunakan sebagai pencontoh yang masing-masing diisitepukan dengan sebelas kandungan pepejal berbeza (10-60% berat). Sampel disinter pada suhu 1250°C selama dua jam. Pemerhatian keadaan fizikal, penentuan ketumpatan, peratus keliangan, ujian mekanikal dan pemerhatian mikrostruktur menggunakan FESEM telah dijalankan. Pemerhatian mendapati keadaan fizikal sampel selepas pensinteran sangat dipengaruhi oleh ketumpatan pencontoh dan jumlah kandungan pepejal yang digunakan. Pemerhatian keadaan fizikal menunjukkan bahawa sampel yang dihasilkan pada 20-45% kandungan pepejal berkeadaan baik untuk kesemua pencontoh yang dikaji. Microstruktur porselin berliang pula terdiri daripada kombinasi liang-liang terbuka dan tertutup. Ketumpatan, peratus keliangan dan kekuatan mekanikal porselin berliang kurang dipengaruhi oleh ketumpatan pencontoh pada kandungan pepejal < 35%. Pada kandungan pepejal < 35%, ketumpatan dan kekuatan mekanikal masing-masing kurang dari 1100 kg/m3 dan 6 MPa manakala peratus keliangan melebihi 40%. Porselin berliang terbaik yang dihasilkan pada 45% kandungan pepejal menggunakan pencontoh berketumpatan 37.8 kg/m3 telah digunakan sebagai bahan teras komposit sandwic dengan merekatkannya kepada bahan kulit (dua kepingan aluminium). Komposit sandwic dihasilkan pada lima panjang teras berbeza (160-350 mm), lima ketebalan teras berbeza (14-74 mm) dan empat ketebalan kulit berbeza (0.5-2.0 mm) dan dicirikan melalui ujian lenturan tiga titik. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6207 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Penyediaan Dan Pencirian Porselin Berliang | en_US |
dc.subject | Yang Dihasilkan Melalui Kaedah Replika Span Polimer | en_US |
dc.title | Penyediaan Dan Pencirian Porselin Berliang Yang Dihasilkan Melalui Kaedah Replika Span Polimer Dan Mengaplikasikannya Sebagai Bahan Teras Komposit Sandwic | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: