Mantera dan upacara ritual masyarakat Melayu pesisir timur di Sumatera Utara : kajian tentang fungsi dan nilai-nilai budaya
Loading...
Date
2005
Authors
Hj. Wan Mahzim, Syaifuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertajuk : "Mantera dan Upacara Ritual Masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara: Kajian Tentang Fungsi dan Nilai-Nilai Budaya". Kajian ini berdasarkan mantera dan upacara ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Tarian Lukah dan Mandi Berminyak. Bahan yang dikaji terdiri daripada teks mantera, komponen dan unsur atau konteks sosial ritual serta orientasi nilai budaya anggota masyarakat. Mantera dan upacara ritual masih berfungsi dalam masyarakat yang mempunyai hubungkait serta kesan ke atas orientasi nilai budaya masyarakt Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi mantera ritual dan hubungkait mantera dan upacara ritual dengan nilai-nilai budaya serta mengenal pasti keberkesanannya dalam kehidupan anggota masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera kaedah fungsional yang berasaskan fakta sosial . dan nilai budaya, manakala analisis orientasi nilai budaya pula menggunakan kaedah yang bersaskan suatu konsep pedoman bagi perilaku manusia dalam masyarakat. Dalam perbincangan upacara ritual, wujud keperitan dan ketegangan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang dihubungkaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kepada Islam. Hal ini didapati bersifat keramat serta boleh diidentifikasikan hubungannya dengan hakikat, nilai dan proses sosial dalam kehidupan anggota masyarakat. Makna dan kuasa simbolik konteks
sosial upacara ritual membentuk keseimbangan fizikal dan jiwa sehingga
membangkitkan kekuatan semangat. Analisis teks mantera ritual pula membina
imejan suasana seram, suci dan magik sehingga berfungsi memperkukuhkan
binaan kekuatan fizikal, mentaliti, solidariti, mempertahankan ketertiban dan
mempertingkatkan kawalan sosial serta kualiti kesejahteraan. Hal ini dibuktikan
berkesan dan berhubungan dengan orientasi nilai budaya anggota masyarakat
tentang hakikat kehidupan, hakikat kerja, hakikat waktu, hakikat alam dan
hakikat hubungan antara sesama manusia. Sebahagian besar anggot msyarakat
pernah menyertai upacara ritual, mengetahui tentang mantera dan menyatakan ..
keberkesanannya serta mempunyai hubungan dengan nilai-nilai budaya mereka.
Keberkesanan tersebut lebih terserlah kepada anggota masyarakat yang
berumur antara 50-59 tahun, tidak pernah bersekolah dan golongan petani.
Perilaku pengubahsuaian atau adaptasi mereka menerusi mantera dan istiadat
yang berkaitan dengan aktiviti harian. Mantera dan upacara masyarakat Melayu
Pesisir Timur di sumatera Utara adalah manifestasi masyarakat yang
mencampurbaurkan kepercayaan Islam, Hindu dan animisme oleh simbol hingga
kepercayaan itu terpancar dalam satu aktiviti budaya mereka.
Description
Keywords
Fungsi dan Nilai-Nilai Budaya