Mantera dan upacara ritual masyarakat Melayu pesisir timur di Sumatera Utara : kajian tentang fungsi dan nilai-nilai budaya

dc.contributor.authorHj. Wan Mahzim, Syaifuddin
dc.date.accessioned2017-08-03T07:52:37Z
dc.date.available2017-08-03T07:52:37Z
dc.date.issued2005
dc.description.abstractKajian ini bertajuk : "Mantera dan Upacara Ritual Masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara: Kajian Tentang Fungsi dan Nilai-Nilai Budaya". Kajian ini berdasarkan mantera dan upacara ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Tarian Lukah dan Mandi Berminyak. Bahan yang dikaji terdiri daripada teks mantera, komponen dan unsur atau konteks sosial ritual serta orientasi nilai budaya anggota masyarakat. Mantera dan upacara ritual masih berfungsi dalam masyarakat yang mempunyai hubungkait serta kesan ke atas orientasi nilai budaya masyarakt Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi mantera ritual dan hubungkait mantera dan upacara ritual dengan nilai-nilai budaya serta mengenal pasti keberkesanannya dalam kehidupan anggota masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera kaedah fungsional yang berasaskan fakta sosial . dan nilai budaya, manakala analisis orientasi nilai budaya pula menggunakan kaedah yang bersaskan suatu konsep pedoman bagi perilaku manusia dalam masyarakat. Dalam perbincangan upacara ritual, wujud keperitan dan ketegangan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang dihubungkaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kepada Islam. Hal ini didapati bersifat keramat serta boleh diidentifikasikan hubungannya dengan hakikat, nilai dan proses sosial dalam kehidupan anggota masyarakat. Makna dan kuasa simbolik konteks sosial upacara ritual membentuk keseimbangan fizikal dan jiwa sehingga membangkitkan kekuatan semangat. Analisis teks mantera ritual pula membina imejan suasana seram, suci dan magik sehingga berfungsi memperkukuhkan binaan kekuatan fizikal, mentaliti, solidariti, mempertahankan ketertiban dan mempertingkatkan kawalan sosial serta kualiti kesejahteraan. Hal ini dibuktikan berkesan dan berhubungan dengan orientasi nilai budaya anggota masyarakat tentang hakikat kehidupan, hakikat kerja, hakikat waktu, hakikat alam dan hakikat hubungan antara sesama manusia. Sebahagian besar anggot msyarakat pernah menyertai upacara ritual, mengetahui tentang mantera dan menyatakan .. keberkesanannya serta mempunyai hubungan dengan nilai-nilai budaya mereka. Keberkesanan tersebut lebih terserlah kepada anggota masyarakat yang berumur antara 50-59 tahun, tidak pernah bersekolah dan golongan petani. Perilaku pengubahsuaian atau adaptasi mereka menerusi mantera dan istiadat yang berkaitan dengan aktiviti harian. Mantera dan upacara masyarakat Melayu Pesisir Timur di sumatera Utara adalah manifestasi masyarakat yang mencampurbaurkan kepercayaan Islam, Hindu dan animisme oleh simbol hingga kepercayaan itu terpancar dalam satu aktiviti budaya mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4309
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectFungsi dan Nilai-Nilai Budayaen_US
dc.titleMantera dan upacara ritual masyarakat Melayu pesisir timur di Sumatera Utara : kajian tentang fungsi dan nilai-nilai budayaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: