Rekabentuk Sistem Arahan Dan Kawalan Bagi Aplikasi Masa Nyata
Loading...
Date
2000-04
Authors
Aris, Azrin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem Arahan dan Kawalan (SAK) Masa-Nyata ialah sebuah aplikasi yang digunakan
untuk mengawal dan mengawasi sesebuah proses atau sistem yang lain. Oleh itu segala
maklumat dari sistem yang dikawal dan arahan yang diberikan kepada sistem tersebut
mestilah diterima dan dilaksanakan serta-merta dalam julat lengahan yang dibenarkan. -. .
Objektif penyelidikan ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah SAK
bagi sistem persenjataan kapal perang yang berkos rendah, mempunyai kebolehlenturan
dan kebolehskalaan tinggi. Untuk mencapai objektif tersebut, satu senarai keperluan
SAK masa-nyata telah ditentukan. Sebuah SAK telah direka dan dibangunkan menurut
keperluan tersebut. Kajian terhadap faktor-faktor masa-nyata seperti masa tindak-balas,
kaedah penjadualan dan lain-lain isu mengenai pemasaan sistem telah dijalankan untuk
menentukan kekangan-kekangan yang perlu dipenuhi. Beberapa modul ujian dibina bagi
mengkaji kaedah yang sesuai digunakan untuk membangunkan serta menguji SAK dan
sub-sub sistemnya termasuklah sistem pengoperasian yang digunakan. Kajian terhadap
kemampuan sistem pengoperasian memenuhi keperluan masa-nyata dan juga keperluan
sistem itu sendiri telah dijalankan. Dalam penyelidikan ini, sistem pengoperasian
Windows NT 4.0 digunakan sebagai pelantar ujian. Walau pun ia bukan sebuah sistem
pengoperasian yang direka khas untuk kegunaan masa-nyata, kebolehannya untuk
mendukung aplikasi masa-nyata telah diselidiki. Hasilnya, sebuah SAK bagi sistem
persenjataan kapal perang yang secara relatifnya berkos rendah, bolehlentur serta
bolehskala yang memenuhi keperluan masa-nyata telah berjaya dibangunkan.
Description
Keywords
Sistem Arahan dan Kawalan , mengawal dan mengawasi sesebuah proses