Rekabentuk Sistem Arahan Dan Kawalan Bagi Aplikasi Masa Nyata

dc.contributor.authorAris, Azrin
dc.date.accessioned2016-10-10T01:57:28Z
dc.date.available2016-10-10T01:57:28Z
dc.date.issued2000-04
dc.description.abstractSistem Arahan dan Kawalan (SAK) Masa-Nyata ialah sebuah aplikasi yang digunakan untuk mengawal dan mengawasi sesebuah proses atau sistem yang lain. Oleh itu segala maklumat dari sistem yang dikawal dan arahan yang diberikan kepada sistem tersebut mestilah diterima dan dilaksanakan serta-merta dalam julat lengahan yang dibenarkan. -. . Objektif penyelidikan ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah SAK bagi sistem persenjataan kapal perang yang berkos rendah, mempunyai kebolehlenturan dan kebolehskalaan tinggi. Untuk mencapai objektif tersebut, satu senarai keperluan SAK masa-nyata telah ditentukan. Sebuah SAK telah direka dan dibangunkan menurut keperluan tersebut. Kajian terhadap faktor-faktor masa-nyata seperti masa tindak-balas, kaedah penjadualan dan lain-lain isu mengenai pemasaan sistem telah dijalankan untuk menentukan kekangan-kekangan yang perlu dipenuhi. Beberapa modul ujian dibina bagi mengkaji kaedah yang sesuai digunakan untuk membangunkan serta menguji SAK dan sub-sub sistemnya termasuklah sistem pengoperasian yang digunakan. Kajian terhadap kemampuan sistem pengoperasian memenuhi keperluan masa-nyata dan juga keperluan sistem itu sendiri telah dijalankan. Dalam penyelidikan ini, sistem pengoperasian Windows NT 4.0 digunakan sebagai pelantar ujian. Walau pun ia bukan sebuah sistem pengoperasian yang direka khas untuk kegunaan masa-nyata, kebolehannya untuk mendukung aplikasi masa-nyata telah diselidiki. Hasilnya, sebuah SAK bagi sistem persenjataan kapal perang yang secara relatifnya berkos rendah, bolehlentur serta bolehskala yang memenuhi keperluan masa-nyata telah berjaya dibangunkan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2703
dc.subjectSistem Arahan dan Kawalanen_US
dc.subjectmengawal dan mengawasi sesebuah prosesen_US
dc.titleRekabentuk Sistem Arahan Dan Kawalan Bagi Aplikasi Masa Nyataen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: