Politik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), 1962-2002 : Satu Kajian Tentang Perkembangan Smpc Diipoh, Perak
Loading...
Date
2008-06
Authors
Pay, See Tiang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini merupakan suatu kajian politik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian
Cina (SMPC), dengan tertumpu kepada tiga buah SMPC di lpoh Perak. SMPC yang
dijadikan sebagai kajian kes ialah Sekolah Menengah Yuk Choy, Sekolah Menengah Poi
Lam, dan Sekolah Menengah Shen Jai. Kajian ini menyelidiki dan mengupas tiga perkara
utama. Pertama, kajian ini meninjau sebab musabab kewujudan untuk mengetahui
kesahan dan perkembangan pendidikan SMPC di negara ini, terutamanya di negeri Perak.
Sistem pendidikan kebangsaan negara ini adalah berasaskan Penyata Razak 1956 dan
Penyata Rahman Talib 1960. Setelah sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan,
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi bahasa
pengantar utama, dalam dasar pendidikan kebangsaan. Sejak itu, Penyata Pendidikan
dan Bahasa Kebangsaan terus menjadi landasan dalam pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan sehingga ke hari ini. Namun begitu, dalam pada itu juga wujud satu sistem
pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan SMPC yang berlandaskan
penggunaan bahasa ibunda etnik Cina, iaitu bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Kedua, kajian kes yang dijalankan menyelidiki tentang aspek-aspek penubuhan,
pentadbiran, dan prospek SMPC di lpoh, Perak. Dalam pada itu, kajian ini secara langsung
mendedahkan inisiatif, sokongan, dan peranan komuniti Cina setempat terhadap pendidikan
bahasa ibunda mereka. Hasil penyelidikan ini secara tidak langsung boleh mengesahkan
kewujudan semangat perjuangan komuniti Cina yang kental terhadap pendidikan bahasa
ibunda bagi memastikan survival mereka di negara ini. Ketiga, kajian ini melihat sejauh
mana pendidikan SMPC menuruti atau mematuhi aspirasi dan matlamat sistem pendidikan
kebangsaan. Akhir sekali, kajian ini juga melihat kepada prospek, hala tuju, dan cabaran
yang bakal dihadapi oleh pendukung pendidikan SMPC di bawah dasar pendidikan negara.
Description
Keywords
Kesahan dan perkembangan , pendidikan SMPC di negara ini.