Politik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), 1962-2002 : Satu Kajian Tentang Perkembangan Smpc Diipoh, Perak

dc.contributor.authorPay, See Tiang
dc.date.accessioned2017-09-29T00:59:37Z
dc.date.available2017-09-29T00:59:37Z
dc.date.issued2008-06
dc.description.abstractKajian ini merupakan suatu kajian politik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), dengan tertumpu kepada tiga buah SMPC di lpoh Perak. SMPC yang dijadikan sebagai kajian kes ialah Sekolah Menengah Yuk Choy, Sekolah Menengah Poi Lam, dan Sekolah Menengah Shen Jai. Kajian ini menyelidiki dan mengupas tiga perkara utama. Pertama, kajian ini meninjau sebab musabab kewujudan untuk mengetahui kesahan dan perkembangan pendidikan SMPC di negara ini, terutamanya di negeri Perak. Sistem pendidikan kebangsaan negara ini adalah berasaskan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Setelah sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar utama, dalam dasar pendidikan kebangsaan. Sejak itu, Penyata Pendidikan dan Bahasa Kebangsaan terus menjadi landasan dalam pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan sehingga ke hari ini. Namun begitu, dalam pada itu juga wujud satu sistem pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan SMPC yang berlandaskan penggunaan bahasa ibunda etnik Cina, iaitu bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kedua, kajian kes yang dijalankan menyelidiki tentang aspek-aspek penubuhan, pentadbiran, dan prospek SMPC di lpoh, Perak. Dalam pada itu, kajian ini secara langsung mendedahkan inisiatif, sokongan, dan peranan komuniti Cina setempat terhadap pendidikan bahasa ibunda mereka. Hasil penyelidikan ini secara tidak langsung boleh mengesahkan kewujudan semangat perjuangan komuniti Cina yang kental terhadap pendidikan bahasa ibunda bagi memastikan survival mereka di negara ini. Ketiga, kajian ini melihat sejauh mana pendidikan SMPC menuruti atau mematuhi aspirasi dan matlamat sistem pendidikan kebangsaan. Akhir sekali, kajian ini juga melihat kepada prospek, hala tuju, dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pendukung pendidikan SMPC di bawah dasar pendidikan negara.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4745
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesahan dan perkembanganen_US
dc.subjectpendidikan SMPC di negara ini.en_US
dc.titlePolitik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), 1962-2002 : Satu Kajian Tentang Perkembangan Smpc Diipoh, Peraken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: