Penilaian Keatas Penggunaan Hampas Isirong Kelapa Sawit Terfermentasi (FPKC) sebagai Makanan Ternakan Alternatif
Loading...
Date
2001-05
Authors
Siew Ling, Lim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memilih mikroorganisma yang berupaya memperbaiki
nilai pemakanan hampas lSlrong kelapa sawit (PKC) melalui pengkulturan sistem
pemfennentasian keadaan pepejal (FKP) sebagai bahan makanan temakan altematif.
Daripada sejumlah 100 pencilan yang disaring, pencilan F12l yang dicamkan sebagai
Trichoderma koningii telah dipilih sebagai kulat yang berpotensi dalam memperbaiki nilai
pemakanan PKC melalui sistem FKP. Kajian pengoptimuman parameter fIziks ke atas
sistem pemfennentasian menunjukkan kandungan protein kasar sebanyak 24.10% dan
pertumbuhan 0.883 mg glukosaminalg substrat adalah maksimum selepas 7 hari
pengkulturan dengan menggunakan keadaan pengkulturan yang terdiri daripada tahap
kelembapan 100% (ilb substrat kering), saiz inokulum 1 x 107 sporalg substrat, suhu 30°C
dan saiz zarah substrat :::: 1.0 mm. Nisbah berat substrat dengan isipadu bejana didapati
mempengaruhi pertumbuhan kulat dan kandungan protein kasar PKC. Pengadukan
berupaya memperbaiki pertumbuhan dan kandungan protein kasar PKC apabila
menggunakan kuantiti substrat sebanyak 35 g. Pengoptimuman medium yang
mengandungi 5 g PKC, 8.8% (bib) Ca(N03)2, 1.4% (bib) (NH4)S04, 0.7% (bib) KH2P04,
0.15% (bib) MgS04.7H20, dan 2% (bib) glukosa menghasilkan kandungan protein kasar
yang maksimum 34.47% dengan pertumbuhan 2.129 mg glukosamina/g substrat selepas 7
hari pengkulturan. Prapengolahan ke atas PKC secara fiziks dan asid tidak meningkatkan
pertumbuhan kulat dan kandungan protein kasar pada PKC. Pada keadaan optimum,
prapengolahan dengan larutan alkali NaOH (0.5M) pada suhu 30°C selama 24 jam atau
enzim Vegpro (0.1% bib) pada suhu 30°C selama 3 jam dan disertai dengan
pemfennentasian, memberikan kandungan protein kasar di antara 31-32% dan
pertumbuhan 2.015-2.103 mg glukosaminalg substrat. Pemfennentasian di dalam sistem
dulang selama 15 hari di bawah keadaan optimum dengan gabungan langkah
prapengolahan dan pengadukan setiap 48 jam telah memberikan kandungan protein kasar
di antara 30-32% dengan pertumbuhan sebanyak 1.725-1.902 mg glukosaminalg substrat .
Ujian keupayaan PKC terfermentasi (FPKC) sebagai bahan makanan ternakan alternatif
untuk ayam menunjukkan kadar pertumbuhan dan kadar pertukaran makanan adalah
hampir setanding dengan makanan ternakan komersil apabila FPKC dengan prapengolapan
enzim dicampurkan pada tahap 25% (bib) dalam makanan. Kajian histopatologi keatas
organ-organ dalaman ayam yang diberikan makanan mengandungi FPKC tidak
menunjukkan perbezaan yang nyata berbanding dengan ayam diberikan makanan temakan
komersial.
Description
Keywords
Makanan Ternakan Alternatif , Hampas Isirong Kelapa Sawit Terfermentasi