Penilaian Keatas Penggunaan Hampas Isirong Kelapa Sawit Terfermentasi (FPKC) sebagai Makanan Ternakan Alternatif

dc.contributor.authorSiew Ling, Lim
dc.date.accessioned2018-10-03T01:29:37Z
dc.date.available2018-10-03T01:29:37Z
dc.date.issued2001-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk memilih mikroorganisma yang berupaya memperbaiki nilai pemakanan hampas lSlrong kelapa sawit (PKC) melalui pengkulturan sistem pemfennentasian keadaan pepejal (FKP) sebagai bahan makanan temakan altematif. Daripada sejumlah 100 pencilan yang disaring, pencilan F12l yang dicamkan sebagai Trichoderma koningii telah dipilih sebagai kulat yang berpotensi dalam memperbaiki nilai pemakanan PKC melalui sistem FKP. Kajian pengoptimuman parameter fIziks ke atas sistem pemfennentasian menunjukkan kandungan protein kasar sebanyak 24.10% dan pertumbuhan 0.883 mg glukosaminalg substrat adalah maksimum selepas 7 hari pengkulturan dengan menggunakan keadaan pengkulturan yang terdiri daripada tahap kelembapan 100% (ilb substrat kering), saiz inokulum 1 x 107 sporalg substrat, suhu 30°C dan saiz zarah substrat :::: 1.0 mm. Nisbah berat substrat dengan isipadu bejana didapati mempengaruhi pertumbuhan kulat dan kandungan protein kasar PKC. Pengadukan berupaya memperbaiki pertumbuhan dan kandungan protein kasar PKC apabila menggunakan kuantiti substrat sebanyak 35 g. Pengoptimuman medium yang mengandungi 5 g PKC, 8.8% (bib) Ca(N03)2, 1.4% (bib) (NH4)S04, 0.7% (bib) KH2P04, 0.15% (bib) MgS04.7H20, dan 2% (bib) glukosa menghasilkan kandungan protein kasar yang maksimum 34.47% dengan pertumbuhan 2.129 mg glukosamina/g substrat selepas 7 hari pengkulturan. Prapengolahan ke atas PKC secara fiziks dan asid tidak meningkatkan pertumbuhan kulat dan kandungan protein kasar pada PKC. Pada keadaan optimum, prapengolahan dengan larutan alkali NaOH (0.5M) pada suhu 30°C selama 24 jam atau enzim Vegpro (0.1% bib) pada suhu 30°C selama 3 jam dan disertai dengan pemfennentasian, memberikan kandungan protein kasar di antara 31-32% dan pertumbuhan 2.015-2.103 mg glukosaminalg substrat. Pemfennentasian di dalam sistem dulang selama 15 hari di bawah keadaan optimum dengan gabungan langkah prapengolahan dan pengadukan setiap 48 jam telah memberikan kandungan protein kasar di antara 30-32% dengan pertumbuhan sebanyak 1.725-1.902 mg glukosaminalg substrat . Ujian keupayaan PKC terfermentasi (FPKC) sebagai bahan makanan ternakan alternatif untuk ayam menunjukkan kadar pertumbuhan dan kadar pertukaran makanan adalah hampir setanding dengan makanan ternakan komersil apabila FPKC dengan prapengolapan enzim dicampurkan pada tahap 25% (bib) dalam makanan. Kajian histopatologi keatas organ-organ dalaman ayam yang diberikan makanan mengandungi FPKC tidak menunjukkan perbezaan yang nyata berbanding dengan ayam diberikan makanan temakan komersial.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6651
dc.subjectMakanan Ternakan Alternatifen_US
dc.subjectHampas Isirong Kelapa Sawit Terfermentasien_US
dc.titlePenilaian Keatas Penggunaan Hampas Isirong Kelapa Sawit Terfermentasi (FPKC) sebagai Makanan Ternakan Alternatifen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: