Pemencilan Dan Pencirian Plasmid Ph100 Daripada Bacillus thuringiensis var. galleriae

dc.contributor.authorPERERA, DAVID
dc.date.accessioned2016-11-24T03:03:21Z
dc.date.available2016-11-24T03:03:21Z
dc.date.issued1998-05
dc.description.abstractSatu kajian pemencilan dan pencman plasmid daripada Bacillus thuringiensis var. galleriae telah dilakukan. Profil plasmid strain tersebut seperti yang ditentukan oleh elektroforesis gel agarosa telah menunjukkan kemungkinan tiga plasmid yang hadir. Berdasarkan kepada gerakan relatif atas gel apabila dibandingkan dengan petunjuk saiz yang digunakan, ketiga-tigajalur DNA dilabelkan sebagai pHlOO, pH200 dan pH300 masing-masing. Peta pembatasan bagi pHlOO telah ditentukan. Sejumlah 21 enzim pembatasan telah digunakan dan keputusan menunjukkan bahawa pHlOO mempunyai tapak tunggal untuk enzim-enzim pembatasan Hind III, Hpa II, Nde I dan Sal1. Terdapat tiga tapak masing-masing untuk enzim Hind III dan Nde I dan satu tapak masing-masing untuk enzim Hpa II dan Sal 1. Tidak terdapat tapak pembatasan yang ketara untuk enzim-enzim BamH I, Bel I, Bgi I, BstB I, EcaR I, EcaR V, Hinf 1 Kpn I, Msp I, Pst I, Pvu I, Pvu II, Sma I, Sph I, Ssp I, Xba I dan Xha 1. Saiz pHlOO ditentukan sebagai 8.2 kb. Peta pembatasan untuk dua orientasi yang mungkin telah dibentuk. Satu vektor plasmid, pDPlOI, telah dibentuk yang membawa gen kerintangan kloramfenikol dan kekurangan tapak replikasi yang boleh berfungsi di dalam satu sistem Bacillus yang gram positif. Vektor ini digunakan untuk memencilkan tapak replikasi pHI 00 daripada satu perpustakaan yang dibentuk dalam Escherichia cali DH5a yang mengandungi fragmen-fragmen rawak pHlOO yang telah dibatas dengan Sau3 A. Satu plasmid rekombinan, pORI, telah diperolehi selepas pemilihan dalam Bacillus subtilis 4056. Plasmid pORI membawa satu fragmen Sau3 A bersaiz 2 kb yang terselit di dalam tapak BamH I plasmid pDPIOl. Transformasi B. thuringiensis var. galleriae dengan B. subtilis 4056 melalui satu kaedah pengaWanan telah menghasilkan satu transkonjugan yang mempunyai profil plasmid yang sarna dengan B. thuringiensis var. galleriae tetapi dengan tambahan satu jalur plasmid. Analisa Southern dengan menngunakan fragmen Sau3 A bersaiz 2 kb tersebut sebagai prob telah menunjukkan bahawa ia mengenali pH 100 dan fragmen 2.3 dan 5.1 kb pHlOO yang dibatas dengan Hind III. Maka telah disimpulkan bahawa fragmen 2 kb tersebut membawa tapak permulaan replikasi untuk pHlOO.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3199
dc.subjectPemencilan Dan Pencirian Plasmid Ph100 Daripadaen_US
dc.subjectBacillus thuringiensis var. galleriaeen_US
dc.titlePemencilan Dan Pencirian Plasmid Ph100 Daripada Bacillus thuringiensis var. galleriaeen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: