Pengurangan Distres Dalam Kalangan Wanita Berkerjaya Melalui Modul Intervensi Kaunseling Terapi Berfokus Solusi
Loading...
Date
2017-08
Authors
Rose, Nurul Naimah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami pengalaman wanita yang
mengalami distres psikologi mengikuti sesi kaunseling berasaskan Terapi
Berfokus Solusi sebagai satu kaedah intervensi. Kaedah kajian mod
campuran secara embedded telah digunakan iaitu kaedah kualitatif sebagai
pengumpulan data yang utama dan kaedah kuantitatif untuk mengumpul
data sokongan. Reka bentuk kajian ialah kajian kes di pelbagai tempat
lapangan. Seramai enam (6) orang wanita telah dipilih sebagai subjek
kajian menggunakan tiga teknik (3) persampelan iaitu teknik persampelan
bertujuan, persampelan mudah dan persampelan bola salji. Data diperoleh
melalui kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Kaedah kuantitatif pula melibatkan penggunaan alat ukur
iaitu The Psychological Distress Scale (K10) untuk mengenal pasti tahap
distres dan pengiraan Reliable Change Index (RCI) untuk melihat
perbezaan yang signifikan. Alat ukur K10 ditadbir sebanyak dua kali
sebagai ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan
tahap distres subjek kajian sebelum dan selepas menjalani sesi intervensi,
kepelbagaian simptom distres, pengalaman peribadi subjek kajian
mengalami distres psikologi dan pengalaman subjek kajian mengikuti sesi
intervensi kaunseling berasaskan Modul IKTBS. Dapatan kajian dapat
mengenal pasti perubahan yang berlaku dari segi penurunan tahap distres
subjek kajian, perubahan emosi, gaya pemikiran, pemahaman dan strategi
daya tindak yang lebih positif. Selain itu, manfaat lain daripada sesi
kaunseling Modul IKTBS ialah dapat membimbing subjek kajian untuk
lebih fokus kepada penyelesaian masalah, berfikiran positif dan mempunyai
strategi daya tindak yang lebih baik. Secara keseluruhannya, kajian ini
mendapati intervensi Modul IKTBS membantu subjek kajian menurunkan
tahap distres psikologi dan seterusnya dapat mempelajari kemahiran
mengendalikan distres psikologi dengan lebih baik.
Description
Keywords
Pengurangan distres dalam kalangan , wanita berkerjaya