Pengurangan Distres Dalam Kalangan Wanita Berkerjaya Melalui Modul Intervensi Kaunseling Terapi Berfokus Solusi

dc.contributor.authorRose, Nurul Naimah
dc.date.accessioned2018-04-06T08:11:37Z
dc.date.available2018-04-06T08:11:37Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan memahami pengalaman wanita yang mengalami distres psikologi mengikuti sesi kaunseling berasaskan Terapi Berfokus Solusi sebagai satu kaedah intervensi. Kaedah kajian mod campuran secara embedded telah digunakan iaitu kaedah kualitatif sebagai pengumpulan data yang utama dan kaedah kuantitatif untuk mengumpul data sokongan. Reka bentuk kajian ialah kajian kes di pelbagai tempat lapangan. Seramai enam (6) orang wanita telah dipilih sebagai subjek kajian menggunakan tiga teknik (3) persampelan iaitu teknik persampelan bertujuan, persampelan mudah dan persampelan bola salji. Data diperoleh melalui kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah kuantitatif pula melibatkan penggunaan alat ukur iaitu The Psychological Distress Scale (K10) untuk mengenal pasti tahap distres dan pengiraan Reliable Change Index (RCI) untuk melihat perbezaan yang signifikan. Alat ukur K10 ditadbir sebanyak dua kali sebagai ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan tahap distres subjek kajian sebelum dan selepas menjalani sesi intervensi, kepelbagaian simptom distres, pengalaman peribadi subjek kajian mengalami distres psikologi dan pengalaman subjek kajian mengikuti sesi intervensi kaunseling berasaskan Modul IKTBS. Dapatan kajian dapat mengenal pasti perubahan yang berlaku dari segi penurunan tahap distres subjek kajian, perubahan emosi, gaya pemikiran, pemahaman dan strategi daya tindak yang lebih positif. Selain itu, manfaat lain daripada sesi kaunseling Modul IKTBS ialah dapat membimbing subjek kajian untuk lebih fokus kepada penyelesaian masalah, berfikiran positif dan mempunyai strategi daya tindak yang lebih baik. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati intervensi Modul IKTBS membantu subjek kajian menurunkan tahap distres psikologi dan seterusnya dapat mempelajari kemahiran mengendalikan distres psikologi dengan lebih baik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5523
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengurangan distres dalam kalanganen_US
dc.subjectwanita berkerjayaen_US
dc.titlePengurangan Distres Dalam Kalangan Wanita Berkerjaya Melalui Modul Intervensi Kaunseling Terapi Berfokus Solusien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: