Pelancongan Kampung : Impaknya Kepada Fizikal, Ekonomi Dan Sosiobudaya Komuniti Setempat : Kajian Kes Daerah Yan, Kedah
Loading...
Date
2003-03
Authors
Aziz., Siti Hasnah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pelancongan kampung merupakan suatu konsep pelancongan alternatif baru
yang bertemakan pembangunan produk berasaskan sumber-sumber
semulajadi. Pada hari ini, pelbagai strategi dijanakan oleh kerajaan untuk
mempromosikan pelancongan kampung sebagai suatu daya tarikan
pelancongan baru dalam mempelbagaikan kekayaan produk sedia ada dalam
negara. Memandangkan tren permintaan pelancong kebelakangan ini adalah
ke arah nature tourism, usaha kerajaan dalam membangunkan kampungkampung
terpilih yang berpotensi dalam pelancongan disegenap negeri di
Malaysia merupakan suatu perkembangan positif dan seharusnya
dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Selain dapat
mempromosikan perkampungan di Malaysia yang mempunyai tarikan
semulajadi tersendiri, kekayaan adat dan budaya, senibina-senibina
tradisional, kesenian dan cara hidup kampung, masyarakat juga secara tidak
langsung akan merasai limpahan faedah dan menerima kesan tertentu
daripada strategi pelancongan ini. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian
untuk mengenalpasti impak-impak pelancongan kampung dari aspek fizikal,
ekonomi dan sosiobudaya ·komuniti yang terlibat. Oalam konteks ini, Kampung
Raga yang terletak di Yan Kedah telah dipilih sebagai kawasan kajian kes.
Description
Keywords
Pelancongan kampung , pelancongan alternatif baru.