Pelancongan Kampung : Impaknya Kepada Fizikal, Ekonomi Dan Sosiobudaya Komuniti Setempat : Kajian Kes Daerah Yan, Kedah

dc.contributor.authorAziz., Siti Hasnah
dc.date.accessioned2017-09-29T01:45:56Z
dc.date.available2017-09-29T01:45:56Z
dc.date.issued2003-03
dc.description.abstractPelancongan kampung merupakan suatu konsep pelancongan alternatif baru yang bertemakan pembangunan produk berasaskan sumber-sumber semulajadi. Pada hari ini, pelbagai strategi dijanakan oleh kerajaan untuk mempromosikan pelancongan kampung sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru dalam mempelbagaikan kekayaan produk sedia ada dalam negara. Memandangkan tren permintaan pelancong kebelakangan ini adalah ke arah nature tourism, usaha kerajaan dalam membangunkan kampungkampung terpilih yang berpotensi dalam pelancongan disegenap negeri di Malaysia merupakan suatu perkembangan positif dan seharusnya dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Selain dapat mempromosikan perkampungan di Malaysia yang mempunyai tarikan semulajadi tersendiri, kekayaan adat dan budaya, senibina-senibina tradisional, kesenian dan cara hidup kampung, masyarakat juga secara tidak langsung akan merasai limpahan faedah dan menerima kesan tertentu daripada strategi pelancongan ini. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian untuk mengenalpasti impak-impak pelancongan kampung dari aspek fizikal, ekonomi dan sosiobudaya ·komuniti yang terlibat. Oalam konteks ini, Kampung Raga yang terletak di Yan Kedah telah dipilih sebagai kawasan kajian kes.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4751
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPelancongan kampungen_US
dc.subjectpelancongan alternatif baru.en_US
dc.titlePelancongan Kampung : Impaknya Kepada Fizikal, Ekonomi Dan Sosiobudaya Komuniti Setempat : Kajian Kes Daerah Yan, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: