Kajian bioremediasi rumpai laut merah (Gracilaria changii) ke atas bahan buangan ternakan ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer)
dc.contributor.author | Nor, Adibi Rahiman Md. | |
dc.date.accessioned | 2018-07-06T08:05:02Z | |
dc.date.available | 2018-07-06T08:05:02Z | |
dc.date.issued | 2011-07 | |
dc.description.abstract | Kajian yang dijalankan adalah bagi menentukan keupayaan Gracilaria changii (rumpai laut merah) bertindak sebagai agen bioremediasi di dalam kultur ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer). Kajian ini juga dijalankan untuk menilai potensi mewujudkan sistem pengkulturan bersepadu antara ikan dan rumpai laut bagi tujuan mengatasi pencemaran sisa buangan daripada aktiviti akuakultur. Bagi tujuan tersebut, keupayaan G. changii membebaskan oksigen yang diperlukan oleh ikan dan kebolehannya bertindak sebagai penapis NH4+, NO3- dan PO43- hasil bahan kumuhan ikan serta jumlah keperluan oksigen oleh ikan ditentukan. Kebolehan G. changii bertindak sebagai penapis bahan buangan tak organik daripada ikan kemudiannya dibandingkan dengan keupayaan penapis tak organik oleh mikrob dalam Sistem Akuakultur Kitar Semula (RAS). Hasil kajian mendapati bahawa ammonium (NH4+) adalah merupakan sumber N yang lebih digemari oleh G. changii berbanding nitrat (NO3-). Jumlah 50 μM NH4+-N yang dibekalkan setiap tiga hari adalah mencukupi untuk menampung keperluan N untuk 1.0gbb hingga 5.0 gbb G .changii. Kadar Pertumbuhan Spesifik bagi 1.0 gbb G. changii yang diberikan 50 μM NH4+-N adalah yang paling tinggi dengan nilai 2.45 ± 0.78 %h-1 berbanding 1.92 ± 0.44 %h-1 bagi 5.0 gbb G. changii dan 0.52 ± 0.41 %h-1 bagi 20.0gbb G. changii. O. niloticus walau pun dikenali sebagai ikan omnivorous, ia didapati tidak memakan G. changii dan didapati pengambilan oksigen meningkat apabila diberi makanan dan menjadi lebih aktif. Keperluan ruang didapati lebih penting bagi L. calcarifer berbanding kepekatan oksigen yang tinggi. Kadar kemandirian L. calcarifer adalah rendah dalam akuarium yang mengandungi kepadatan G. changii yang tinggi. Oleh itu ruang yang lebih diperlukan oleh L. calcarifer disebabkan sifat kanabalismenya yang tinggi. Hasil kumuhan L. calcarifer adalah menjadi penyumbang sumber N kepada G. changii. Lebih banyak L. calcarifer (atau sedikit G. changii) di dalam sistem polikultur, lebih tinggi peratus N (2.45%) di dalam tisu G. changii. Sistem ternakan secara bersepadu antara G. changii dan O. niloticus didapati amat berkesan bagi memelihara kualiti air. Kandungan nutrien dalam sistem ternakan bersepadu adalah lebih rendah berbanding sistem monokultur ikan. G. changii dapat menyingkirkan sebanyak 67% TAN, 63% NO3--N dan 53% PO43--P dalam sistem ternakan bersepadu antara O. niloticus dan G. changii. Kadar Pertumbuhan Spesifik (SGR) G. changii yang dikultur bersama dengan O. niloticus lebih tinggi (1.71 %h-1) berbanding dengan G. changii yang dikultur tanpa O. niloticus (0.72 %h-1). Dalam sistem monokultur keperluan oksigen oleh 1.0 g L. calcarifer (semasa keadaan bercahaya) dibekalkan oleh 1.9 gbb G. changii (nisbah L. calcarifer:G. changii = 1:1.9) dan keperluan oksigen oleh 1.0 g O. niloticus dibekalkan oleh 2.5 gbb G. changii (nisbah O. niloticus:G. changii = 1:2.5). Dengan menggunakan nisbah ikan:rumpai laut, kandungan oksigen di dalam sistem polikultur L. calcarifer: G. changii (1:1.9) adalah sebanyak 1.63 mgO2/kg/jam, manakala kepekatan oksigen di dalam sistem polikultur O. niloticus:G. changii (1:2.5) adalah sebanyak 20.84 mgO2/kg/jam . G. changii didapati bertindak sebagai penapis biologi yang baik kerana ia mampu mengurangkan kepekatan NH4+ dan juga mampu menyingkirkan fosfat (PO43-) tiga kali lebih baik berbanding mikrob. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5883 | |
dc.subject | Natural History | en_US |
dc.title | Kajian bioremediasi rumpai laut merah (Gracilaria changii) ke atas bahan buangan ternakan ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer) | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: