Kajian mengenai pengganti kepimpinan sebagai moderator terhadap caragaya kepimpinan transformasi pengetua
Loading...
Date
2002-08
Authors
Abdullah, Abdul Ghani Kanesan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi pengganti kepimpinan
sebagai moderator terhadap perhubungan di antara caragaya kepimpinan
transformasi pengetua dengan kepuasan kerja, komitmen terhadap organisasi dan
perlakuan warga organisasi pendidikan. Secara khususnya objektif kaj ian ini
ialah :- a) menghuraikan perhubungan antara pembolehubah pengganti
kepimpinan, kepimpinan transformasi pengetua dengan pembolehubah kriterion
seperti kepuasan kerja guru, komitmen guru terhadap organisasi dan perlakuan
warga organisasi pendidikan; b) mengenal pasti ciri pengganti kepimpinan yang
bertindak sebagai moderator terhadap perhubungan di antara caragaya
kepimpinan transformasi dengan pembolehubah kriterion seperti kepuasan kerj a
guru, komitmen guru terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi
pendidikan. Maklumbalas melalui soal selidik diperolehi daripada 3006 orang
guru dan 151 orang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Harian biasa dari
Negeri Pulau Pinang, Kedah Darul Aman dan Pedis Indera Kayangan. Data
yang diperolehi telah dianalisis pada peringkat sekolah dan pengujian hipotesis
pula dilakukan dengan menggunakan prosedur Korelasi Pearsons dan
'Hierarchical _Moderated Multiple Regression Analytical Procedures'. Manakala
bentuk moderator pengganti kepimpinan pula ditentukan melalui kriteria yang
telah dikemukakan oleh Howell, Dorfman dan Kerr (1986). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi caragaya kepimpinan transformasi pendidikan dan pengganti kepimpinan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pembolehubah kriterion kajian; dan beberapa dimensi
caragaya kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pembolehubah pengganti kepimpinan. Keputusan kajian juga turut
menunjukkan bahawa kesan moderasi yang paling banyak dipengaruhi oleh
pengganti kepimpinan ialah komiten terhadap organisasi; caragaya kepimpinan
transformasi yang paling banyak dipengaruhi oleh kesan moderasi pula adalah
keprihatinan individu, menjana permuafakatan dan ketrampilan peribadi; dan ciri
pengganti kepimpinan yang paling banyak menghasilkan kesan moderator pula
adalah pembolehubah jurang pemisah antara pemimpin dengan subordinat dan'
keperluan untuk bersendiran. Manakala bentuk moderator pengganti kepimpinan
yang paling banyak menghasilkan kesan moderasi terhadap kepimpinan
transformasi adalah "enhancer" berbanding "neutralizer" dan "substitute".
Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk
mentafsir kepimpinan pendidikan dengan lebih berhati - hati sambil memberi
perhatian yang adil kepada pengganti kepimpinan dan bukannya menonjolkan
situasi di mana pengetua sebagai pemimpin yang mutlak, mempunyai pengaruh
secara langsung serta guru menjadi pengikut yang setia. Sebaliknya
mencadangkan bagaimana pengetua boleh mengenal pasti, memanipulasi serta
memperkasa ciri pengganti kepimpinan yang bertindak sebagai moderator bagi
mengukuhkan kepimpinannya atau membuang mana- mana ciri pengganti
kepimpinan boleh mengancam pengaruh kepimpinan transformasi pengetua
demi kepentingan organisasi.
Description
Keywords
caragaya kepimpinan transformasi pengetua