Kajian mengenai pengganti kepimpinan sebagai moderator terhadap caragaya kepimpinan transformasi pengetua

dc.contributor.authorAbdullah, Abdul Ghani Kanesan
dc.date.accessioned2017-07-03T07:29:25Z
dc.date.available2017-07-03T07:29:25Z
dc.date.issued2002-08
dc.description.abstractKajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi pengganti kepimpinan sebagai moderator terhadap perhubungan di antara caragaya kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja, komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Secara khususnya objektif kaj ian ini ialah :- a) menghuraikan perhubungan antara pembolehubah pengganti kepimpinan, kepimpinan transformasi pengetua dengan pembolehubah kriterion seperti kepuasan kerja guru, komitmen guru terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan; b) mengenal pasti ciri pengganti kepimpinan yang bertindak sebagai moderator terhadap perhubungan di antara caragaya kepimpinan transformasi dengan pembolehubah kriterion seperti kepuasan kerj a guru, komitmen guru terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Maklumbalas melalui soal selidik diperolehi daripada 3006 orang guru dan 151 orang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Harian biasa dari Negeri Pulau Pinang, Kedah Darul Aman dan Pedis Indera Kayangan. Data yang diperolehi telah dianalisis pada peringkat sekolah dan pengujian hipotesis pula dilakukan dengan menggunakan prosedur Korelasi Pearsons dan 'Hierarchical _Moderated Multiple Regression Analytical Procedures'. Manakala bentuk moderator pengganti kepimpinan pula ditentukan melalui kriteria yang telah dikemukakan oleh Howell, Dorfman dan Kerr (1986). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi caragaya kepimpinan transformasi pendidikan dan pengganti kepimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah kriterion kajian; dan beberapa dimensi caragaya kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah pengganti kepimpinan. Keputusan kajian juga turut menunjukkan bahawa kesan moderasi yang paling banyak dipengaruhi oleh pengganti kepimpinan ialah komiten terhadap organisasi; caragaya kepimpinan transformasi yang paling banyak dipengaruhi oleh kesan moderasi pula adalah keprihatinan individu, menjana permuafakatan dan ketrampilan peribadi; dan ciri pengganti kepimpinan yang paling banyak menghasilkan kesan moderator pula adalah pembolehubah jurang pemisah antara pemimpin dengan subordinat dan' keperluan untuk bersendiran. Manakala bentuk moderator pengganti kepimpinan yang paling banyak menghasilkan kesan moderasi terhadap kepimpinan transformasi adalah "enhancer" berbanding "neutralizer" dan "substitute". Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk mentafsir kepimpinan pendidikan dengan lebih berhati - hati sambil memberi perhatian yang adil kepada pengganti kepimpinan dan bukannya menonjolkan situasi di mana pengetua sebagai pemimpin yang mutlak, mempunyai pengaruh secara langsung serta guru menjadi pengikut yang setia. Sebaliknya mencadangkan bagaimana pengetua boleh mengenal pasti, memanipulasi serta memperkasa ciri pengganti kepimpinan yang bertindak sebagai moderator bagi mengukuhkan kepimpinannya atau membuang mana- mana ciri pengganti kepimpinan boleh mengancam pengaruh kepimpinan transformasi pengetua demi kepentingan organisasi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4077
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectcaragaya kepimpinan transformasi pengetuaen_US
dc.titleKajian mengenai pengganti kepimpinan sebagai moderator terhadap caragaya kepimpinan transformasi pengetuaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: