Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Pemetaan Zon Kebolehrentanan Kegagalan Cerun Menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) Di Pulau Pinang Malaysia
Loading...
Date
2012-07
Authors
Abd Majid, Nuriah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kegagalan cerun merupakan fenomena yang sering berlaku di Malaysia yang menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kemusnahan alam sekitar. Kegagalan cerun berlaku disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kawasan kajian adalah di Pulau Pinang. Kajian ini hanya akan mengambil kira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun dan menganalisis ciri-ciri fizikal kegagalan cerun. Seterusnya memodelkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Sebanyak 207 kes kegagalan cerun sebenar dan 207 kes kegagalan cerun random diwakili oleh nilai 1 dan 0. Data ini digunakan dalam pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun. Setiap peta pembolehubah diekstrak dengan taburan titik kegagalan cerun bagi mendapatkan atribut setiap pembolehubah. Kemudiannya digabungkan bagi membentuk pangkalan data. Sebanyak 50% data kegagalan cerun digunakan untuk membentuk model dan 50% lagi digunakan untuk pengujian model bagi mendapatkan ketepatan dan kejituan model tersebut. Analisis ANN yang dijalankan mengunakan 11 faktor ruangan iaitu kecuraman cerun, aspek cerun, kelengkungan cerun, siri tanih, gunatanah, purata hujan tahunan, jarak kegagalan cerun ke jalan, jarak kegagalan cerun ke lineamen, jarak kegagalan cerun ke sungai, litologi batuan dan ketinggian topografi. Ketepatan model ANN yang dihasilkan adalah sebanyak 96.62% manakala ketepatan model
ANN adalah sebanyak 82.14%. Pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun dengan hasil daripada model ANN dengan gabungan 8 nod.
Description
Keywords
Aplikasi sistem maklumat geografi , dalam pemetaan zon kebolehrentanan