Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Pemetaan Zon Kebolehrentanan Kegagalan Cerun Menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) Di Pulau Pinang Malaysia

dc.contributor.authorAbd Majid, Nuriah
dc.date.accessioned2019-06-26T02:16:36Z
dc.date.available2019-06-26T02:16:36Z
dc.date.issued2012-07
dc.description.abstractKegagalan cerun merupakan fenomena yang sering berlaku di Malaysia yang menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kemusnahan alam sekitar. Kegagalan cerun berlaku disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kawasan kajian adalah di Pulau Pinang. Kajian ini hanya akan mengambil kira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun dan menganalisis ciri-ciri fizikal kegagalan cerun. Seterusnya memodelkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Sebanyak 207 kes kegagalan cerun sebenar dan 207 kes kegagalan cerun random diwakili oleh nilai 1 dan 0. Data ini digunakan dalam pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun. Setiap peta pembolehubah diekstrak dengan taburan titik kegagalan cerun bagi mendapatkan atribut setiap pembolehubah. Kemudiannya digabungkan bagi membentuk pangkalan data. Sebanyak 50% data kegagalan cerun digunakan untuk membentuk model dan 50% lagi digunakan untuk pengujian model bagi mendapatkan ketepatan dan kejituan model tersebut. Analisis ANN yang dijalankan mengunakan 11 faktor ruangan iaitu kecuraman cerun, aspek cerun, kelengkungan cerun, siri tanih, gunatanah, purata hujan tahunan, jarak kegagalan cerun ke jalan, jarak kegagalan cerun ke lineamen, jarak kegagalan cerun ke sungai, litologi batuan dan ketinggian topografi. Ketepatan model ANN yang dihasilkan adalah sebanyak 96.62% manakala ketepatan model ANN adalah sebanyak 82.14%. Pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun dengan hasil daripada model ANN dengan gabungan 8 nod.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8396
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAplikasi sistem maklumat geografien_US
dc.subjectdalam pemetaan zon kebolehrentananen_US
dc.titleAplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Pemetaan Zon Kebolehrentanan Kegagalan Cerun Menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) Di Pulau Pinang Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: