Konsep Niat Berteraskan Islam Dalam Tingkah Laku Kepatuhan Zakat Pendapatan
dc.contributor.author | Khairul Bariyah Othman | |
dc.date.accessioned | 2021-02-04T06:48:45Z | |
dc.date.available | 2021-02-04T06:48:45Z | |
dc.date.issued | 2018-08 | |
dc.description.abstract | Zakat pendapatan merupakan satu ibadah yang mempunyai keistimewaan dan keunikan dalam pelaksanaannya. Ia bukan sahaja ibadah yang mempunyai nilai hubungan ketuhanan, malah merangkumi nilai kemanusiaan melalui aspek muamalatnya. Oleh sebab ibadah zakat pendapatan ini merangkumi bidang ibadah dan muamalah, fatwa mewajibkan ibadah ini diakui telah mewujudkan peningkatan dalam jumlah kutipan dana zakat negara. Namun di sebalik peningkatan ini, setidaktidaknya wujud tiga permasalahan utama yang sering dibincangkan dalam kalangan sarjana-sarjana terdahulu hingga ke hari ini. Pertama ialah tentang aras kepatuhan yang masih rendah dalam kalangan muzzaki di Malaysia. Kedua ialah kefahaman terhadap kewajipan zakat pendapatan yang masih rendah. Ketiga iaitu kedudukan niat dalam urusan ibadah zakat pendapatan yang memberi kelangsungan kepada tingkah laku kepatuhan. Berdasarkan realiti ini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi merungkaikan permasalahan yang timbul. Namun kajian-kajian terdahulu banyak didominasi oleh konsep-konsep niat dalam kepatuhan tingkah laku yang dibina berteraskan falsafah lazim yang dibangunkan oleh sarjana Barat. Timbul persoalan, setakat manakah komprehensifnya konsep niat yang diperkenalkan oleh teori-teori lazim ini sesuai untuk diguna pakai dalam kajian kepatuhan ibadah seperti zakat pendapatan dalam kalangan umat Islam? Adakah ia selari dengan tasawur Islam? Sekiranya tidak, bagaimana konsep niat yang sesuai untuk digunakan dalam merungkaikan isu niat ini. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai tiga objektif yang telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku. Kedua, menganalisis konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku kepatuhan zakat pendapatan. Ketiga, merumuskan konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku kepatuhan zakat pendapatan. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian kualitatif berbentuk penerokaan telah dijalankan dalam dua fasa. Pertama, fasa kajian teoretikal yang tertumpu pada pengumpulan data sekunder yang dianalisis menerusi analisis kandungan bagi menjawab objektif pertama. Kedua, fasa kajian empirikal yang tertumpu pada pengumpulan data primer menerusi instrumen sesi temu bual mendalam yang melibatkan sembilan informan terpilih bagi menjawab objektif kedua dan ketiga. Maklumat temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.5 dan kaedah analisis kandungan dengan tiga peringkat. Analisis fasa pertama dapat mengenal pasti dua asas yang menunjangi konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku berasaskan al-Qur‟an dan hadis Rasulullah SAW iaitu dimensi kehambaan (habl min Allah) dan dimensi kekhalifahan (habl min al-nas). Dalam analisis fasa kedua pula, dapat diekstrak penentu-penentu yang membentuk konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku kepatuhan zakat pendapatan. Penentu-penentu tersebut ialah ilmu, akidah, akhlak, motivasi diri dan kualiti perkhidmatan. Secara keseluruhannya, hasil analisis membuktikan konsep niat berteraskan Islam dalam tingkah laku kepatuhan zakat pendapatan dapat dibentuk dan dirumuskan dengan mengambil kira keseluruhan aspek epistemologi dan tasawur Islam sebagaimana yang telah diperincikan dalam asas-asas dan penentu-penentu niat yang telah dibentuk. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/11142 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Zakat | en_US |
dc.title | Konsep Niat Berteraskan Islam Dalam Tingkah Laku Kepatuhan Zakat Pendapatan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: