Analyzing Islamic Education Textbook Questions In Secondary Schools In Iraq
Loading...
Date
2015-02
Authors
NAYEF, EMAN GHANEM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis soalan-soalan dalam buku teks
Pendidikan Islam pada tiga peringkat (gred 1,2,3) di sekolah-sekolah menengah di
Iraq mengikut domain kognitif taksonomi Bloom dan untuk memberi cadangan bagi
membina dan menambahbaik soalan-soalan dalam ketiga-tiga buku teks tersebut.
Penganalisisan soalan-soalan dalam buku teks ini adalah sangat penting untuk
mencapai objektif pendidikan. Analisis ini merujuk kepada pengklasifikasian semua
soalan mengikut taksonomi Bloom berdasarkan konteks soalan tersebut , cara soalan
tersebut dijawab dan kata-kata kunci yang terdapat dalam soalan tersebut. Penyelidik
mereka suatu senarai semak yang mengandungi beberapa unit, soalan, dan muka
surat yang berkaitan. Senarai semak ini juga mempunyai soalan teks yang penuh
dalam Bahasa Arab dan Inggeris di samping tahap-tahap kognitif taksonomi Bloom.
Kajian ini menggunakan jadual kekerapan dan graf bar bagi mempersembahkan
dapatan kajian. Penyelidik membina lapan soalan temu bual untuk mendapat
maklumbalas daripada guru pendidikan Islam di Iraq mengenai tahap soalan-soalan
berdasarkan domain kognitif taksonomi Bloom.Keputusan kajian menunjukkan
bahawa majoriti soalan dikategorikan di bawah dua tahap pertama pada taksonomi
tersebut. Sebanyak 123 daripada 226 soalan (54.42%) adalah berkaitan dengan
Pengetahuan. Tahap Kefahaman ada kekerapan sebanyak 92 kali (40.71%).
Kekerapan untuk dua tahap pertama ini adalah sebanyak 215 (95.13%) soalan.
Dalam empat tahap berikutnya, hanya terdapat 11 soalan (4.88%) sahaja.Tahap
Aplikasi mempunyai jumlah soalan yang sangat sedikit iaitu satu soalan sahaja
ix
(0.44%), dan tahap Analisis tidak mempunyai sebarang soalan (0%).Tahap Sintesis
mempunyai 6 soalan (2.65%), dan tahap Penilaian mempunyai 4 soalan (1.77%).
Description
Keywords
Analyzing Islamic Education Textbook Questions , In Secondary Schools In Iraq