Analyzing Islamic Education Textbook Questions In Secondary Schools In Iraq

dc.contributor.authorNAYEF, EMAN GHANEM
dc.date.accessioned2016-06-14T08:00:00Z
dc.date.available2016-06-14T08:00:00Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractMatlamat kajian ini adalah untuk menganalisis soalan-soalan dalam buku teks Pendidikan Islam pada tiga peringkat (gred 1,2,3) di sekolah-sekolah menengah di Iraq mengikut domain kognitif taksonomi Bloom dan untuk memberi cadangan bagi membina dan menambahbaik soalan-soalan dalam ketiga-tiga buku teks tersebut. Penganalisisan soalan-soalan dalam buku teks ini adalah sangat penting untuk mencapai objektif pendidikan. Analisis ini merujuk kepada pengklasifikasian semua soalan mengikut taksonomi Bloom berdasarkan konteks soalan tersebut , cara soalan tersebut dijawab dan kata-kata kunci yang terdapat dalam soalan tersebut. Penyelidik mereka suatu senarai semak yang mengandungi beberapa unit, soalan, dan muka surat yang berkaitan. Senarai semak ini juga mempunyai soalan teks yang penuh dalam Bahasa Arab dan Inggeris di samping tahap-tahap kognitif taksonomi Bloom. Kajian ini menggunakan jadual kekerapan dan graf bar bagi mempersembahkan dapatan kajian. Penyelidik membina lapan soalan temu bual untuk mendapat maklumbalas daripada guru pendidikan Islam di Iraq mengenai tahap soalan-soalan berdasarkan domain kognitif taksonomi Bloom.Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti soalan dikategorikan di bawah dua tahap pertama pada taksonomi tersebut. Sebanyak 123 daripada 226 soalan (54.42%) adalah berkaitan dengan Pengetahuan. Tahap Kefahaman ada kekerapan sebanyak 92 kali (40.71%). Kekerapan untuk dua tahap pertama ini adalah sebanyak 215 (95.13%) soalan. Dalam empat tahap berikutnya, hanya terdapat 11 soalan (4.88%) sahaja.Tahap Aplikasi mempunyai jumlah soalan yang sangat sedikit iaitu satu soalan sahaja ix (0.44%), dan tahap Analisis tidak mempunyai sebarang soalan (0%).Tahap Sintesis mempunyai 6 soalan (2.65%), dan tahap Penilaian mempunyai 4 soalan (1.77%).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2116
dc.subjectAnalyzing Islamic Education Textbook Questionsen_US
dc.subjectIn Secondary Schools In Iraqen_US
dc.titleAnalyzing Islamic Education Textbook Questions In Secondary Schools In Iraqen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: