Keperluan Latihan Kepada Kontraktor Pembinaan
Loading...
Date
2012-06
Authors
Yahya, Mahmudah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kegagalan untuk menyiapkan projek dalam tempoh dan harga serta kualiti yang
ditetapkan boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan di Malaysia. Oleh itu
usaha bagi mengatasi masalah ini, kontraktor perlu diberi latihan dan pembangunan
kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi tranformasi teknologi masa kini.
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti persepsi kontraktor terhadap
keperluan latihan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat untuk
menyertai latihan. Sebanyak 171 responden yang terdiri daripada kontraktor
berdaftar kelas rendah ia itu kelad D,E dan F, telah mengembalikan borang soal
selidik untuk dianalisis dengan mengguna pakej komputer SPSS 10.0. Hasil kajian
mendapati kontraktor bersetuju bahawa latihan penting untuk menambah ilmu
pengetahuan dan mengikuti perkembangan teknologi terbaru dan pembangunan
kemahiran terkini serta dapat meningkatkan kualiti kerja dan menjadi motivasi
kepada diri dan pekerja firma.Latihan yang ada kesinambungan dengan
pengkhususan dapat menarik minat para kontraktor pembinaan untuk menghadiri
latihan. Hasil penemuan mendapati bidang latihan yang diminati serta dapat
memenuhi keperluan firma dan individu dalam lima bidang iaitu pengurusan projek,
pengurusan kewangan, pengurusan bahan dan peralatan, pengurusan perolehan dan
pentadbiran dan insan. Kesimpulannya faktor yang paling utama menyebabkan
keenganan menghadiri latihan adalah kurang kesedaran kendiri di samping faktor
masalah kos perbelanjaan latihan, kekangan masa dan tiada pengganti untuk
mengambil alih tugas ketika berkursus. Tahap minat pula dipengaruhi oleh keperluan
untuk kepentingan peribadi sama seperti untuk kepentingan perniagaan.
Description
Keywords
Keperluan latihan kepada , kontraktor pembinaan