Keperluan Latihan Kepada Kontraktor Pembinaan
dc.contributor.author | Yahya, Mahmudah | |
dc.date.accessioned | 2019-06-24T06:32:35Z | |
dc.date.available | 2019-06-24T06:32:35Z | |
dc.date.issued | 2012-06 | |
dc.description.abstract | Kegagalan untuk menyiapkan projek dalam tempoh dan harga serta kualiti yang ditetapkan boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan di Malaysia. Oleh itu usaha bagi mengatasi masalah ini, kontraktor perlu diberi latihan dan pembangunan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi tranformasi teknologi masa kini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti persepsi kontraktor terhadap keperluan latihan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat untuk menyertai latihan. Sebanyak 171 responden yang terdiri daripada kontraktor berdaftar kelas rendah ia itu kelad D,E dan F, telah mengembalikan borang soal selidik untuk dianalisis dengan mengguna pakej komputer SPSS 10.0. Hasil kajian mendapati kontraktor bersetuju bahawa latihan penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti perkembangan teknologi terbaru dan pembangunan kemahiran terkini serta dapat meningkatkan kualiti kerja dan menjadi motivasi kepada diri dan pekerja firma.Latihan yang ada kesinambungan dengan pengkhususan dapat menarik minat para kontraktor pembinaan untuk menghadiri latihan. Hasil penemuan mendapati bidang latihan yang diminati serta dapat memenuhi keperluan firma dan individu dalam lima bidang iaitu pengurusan projek, pengurusan kewangan, pengurusan bahan dan peralatan, pengurusan perolehan dan pentadbiran dan insan. Kesimpulannya faktor yang paling utama menyebabkan keenganan menghadiri latihan adalah kurang kesedaran kendiri di samping faktor masalah kos perbelanjaan latihan, kekangan masa dan tiada pengganti untuk mengambil alih tugas ketika berkursus. Tahap minat pula dipengaruhi oleh keperluan untuk kepentingan peribadi sama seperti untuk kepentingan perniagaan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8353 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Keperluan latihan kepada | en_US |
dc.subject | kontraktor pembinaan | en_US |
dc.title | Keperluan Latihan Kepada Kontraktor Pembinaan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: