Pembangunan Alat Analisis Liputan Kod Dalam Pengujian Perisian
Loading...
Date
2011-04
Authors
Isa, Mohd Annuar Mohd
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Walaupun diingini, ujian perisian tuntas secara praktikal adalah tidak mungkin kerana
kekangan sumber dan masa. Seringkali, analisis liputan dengan sokongan alat yang
sesuai diterima pakai sebagai salah satu penunjuk kesempurnaan ujian (iaitu sama ada
untuk meneruskan lebih lanjut atau tidak ataupun untuk menghentikan sepenuhnya
pengujian). Selama bertahun-tahun, banyak alat-alat analisis liputan telah
dibangunkan denga kejayaan yang berbeza-beza. Untuk memperbaiki dan
meningkatkan kebolehgunaan sedia ada, kajian ini menganalisis alat-alat yang ada
dalam usaha untuk mengenal pasti teknik yang sesuai dan metrik liputan untuk
pelaksanaan serta ciri-ciri untuk dipertimbangkan. Analisis ini telah menghasilkan
reka bentuk dan implementasi CovAT. CovAT dibangunkan bercirikan reka bentuk
modular dengan menggunakan instrumentasi kod sumber. Dengan menggunakan
CovAT, liputan kod boleh dianalisis secara automatik menggunakan metrik unit,
fungsi dan blok yang mewakili tahap hierarki liputan. Dengan memberi penekanan
kepada kriteria kebolehlanjutan dan kebolehgunaan semula kod, seni bina sistem
terbuka CovAT juga menawarkan sokongan operasi dalam domain pustaka selain
daripada kemampuan kendiri. Keputusan daripada tiga kajian kes membuktikan
bahawa CovAT mempunyai ciri-ciri mencukupi untuk menjalankan analisis liputan
kod dengan sempurna berdasarkan kriteria kecukupan pengujian yang disasarkan.
Description
Keywords
Pembangunan alat analisis , dalam pengujian perisian