Pembangunan Alat Analisis Liputan Kod Dalam Pengujian Perisian
dc.contributor.author | Isa, Mohd Annuar Mohd | |
dc.date.accessioned | 2018-08-01T01:17:41Z | |
dc.date.available | 2018-08-01T01:17:41Z | |
dc.date.issued | 2011-04 | |
dc.description.abstract | Walaupun diingini, ujian perisian tuntas secara praktikal adalah tidak mungkin kerana kekangan sumber dan masa. Seringkali, analisis liputan dengan sokongan alat yang sesuai diterima pakai sebagai salah satu penunjuk kesempurnaan ujian (iaitu sama ada untuk meneruskan lebih lanjut atau tidak ataupun untuk menghentikan sepenuhnya pengujian). Selama bertahun-tahun, banyak alat-alat analisis liputan telah dibangunkan denga kejayaan yang berbeza-beza. Untuk memperbaiki dan meningkatkan kebolehgunaan sedia ada, kajian ini menganalisis alat-alat yang ada dalam usaha untuk mengenal pasti teknik yang sesuai dan metrik liputan untuk pelaksanaan serta ciri-ciri untuk dipertimbangkan. Analisis ini telah menghasilkan reka bentuk dan implementasi CovAT. CovAT dibangunkan bercirikan reka bentuk modular dengan menggunakan instrumentasi kod sumber. Dengan menggunakan CovAT, liputan kod boleh dianalisis secara automatik menggunakan metrik unit, fungsi dan blok yang mewakili tahap hierarki liputan. Dengan memberi penekanan kepada kriteria kebolehlanjutan dan kebolehgunaan semula kod, seni bina sistem terbuka CovAT juga menawarkan sokongan operasi dalam domain pustaka selain daripada kemampuan kendiri. Keputusan daripada tiga kajian kes membuktikan bahawa CovAT mempunyai ciri-ciri mencukupi untuk menjalankan analisis liputan kod dengan sempurna berdasarkan kriteria kecukupan pengujian yang disasarkan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6096 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pembangunan alat analisis | en_US |
dc.subject | dalam pengujian perisian | en_US |
dc.title | Pembangunan Alat Analisis Liputan Kod Dalam Pengujian Perisian | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: