Amalan Perhubungan Awam Dalam Industri Perhotelan Di Indonesia: Tinjauan Ke Atas Hotel-Hotel Di Jakarta .
Loading...
Date
1998-09
Authors
Sungkar, Zubaedah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau apakah amalan perhubungan awam pada
hotel-hotel di Jakarta-Indonesia telah mengikut konsep-konsep perhubungan awam yang
sedia ada dan bagaimana masing-masing pengamal perhubungan awam menjalankan
tugas dan tanggungjawab, fungsi, serta peranan mereka. Kajian ini menganalisa
pandangan pengamal-pengamal perhubungan awam dan Ketua PERHUMAS tentang
perkembangan perhubungan awam di Indonesia, khasnya dalam industri perhotelan.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual dengan subjek kajian dan
\
analisis bahan-bahan bercetak yang diterbitkan hotel-hotel kajian.
Hasil kajian mendapati bahawa pengamal-pengamal perhubungan awam hotel
yang dikaji telah menjalankan peranannya bersesuaian dengan pendapat pakar-pakar
perhubungan awam, seperti Onong U, Mohd. H. Adnan, Cutlip, Center & Broom, dan
pakar-pakar yang lainnya. Peranan ini terutamanya dari segi memelihara hubungan dua
hala antara oraganisasi dengan publiknya, menggunakan pelbagai teknik komunikasi
dan promosi, serta cara mewujudkan kelebihan persaingan. Namun apabila kedudukan
perhubungan awam dilihat dari penempatannya dalam struktur organisasi, masih belum
nampak seperti keadaan yang dicadarigkan oleh pakar-pakar tersebut, di mana
perhubungan awam masih belum ditempatkan pada pengurusan atasan. Walhal
_pe,rhllQungan awam adalah sebahagian dari fungsi pengurusan dalam sesebuah
organisasi, namun ianya masih berada di bawah bahagian lain, khasnya juaIan dan
pemasaran.
Kajian 1m mendapati semua pengamal telah menyedari dan telah dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab, fungsi, serta peranannya dengan baik. Namun
perhubungan awam belum dipraktikkan secara efektif, kerana tidak diberi peluang
menggubal dan menyusun dasar ·serta polisi organisasi. Fungsi perhubungan awam
dalam industri perhotelan di Indonesia didapati barn bersifat fungsional dan belum
secara struktural. Hal ini bermakna bahawa secara fungsinya ia dapat bertanggungjawab
langsung kepad~ piha..1c p engurus an , narnun dalam struktur (carta) orgamsas1 masih
berada di bawah bahagian lain
Description
Keywords
Perhotelan , Perhubungan Awam