Perkembangan Tamadun Islam Di Sulawesi Selatan, Indonesia:Dari Perspektif Arkeologi Dan Sejarah
Loading...
Date
2013-10
Authors
Rosmawati, Rosmawati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan mendapatkan data dan maklumat yang lebih komprehensif
tentang tamadun Islam di kawasan Sulawesi Selatan, khususnya dari segi taburan, asal
usul, jenis, masa perkembangan, pengaruh budaya tempatan, makna yang dikandungi dan
peranannya di Nusantara. Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu,
kaedah arkeologi dan kaedah sejarah. Jumlah tapak yang dikaji adalah sebanyak 29 buah.
Hasil kajian menunjukkan bahawa masa awal Islamisasi iaitu, abad ke-16/17 Masihi,
mendapat pengaruh yang kuat daripada budaya Melayu Islam. Jirat dan nisan makam yang
pertama berkembang di kawasan berkenaan adalah jirat makam sederhana jenis peti batu,
kemudian di atasnya dipacakkan nisan jenis Acheh bagi raja yang berkemampuan secara
ekonomi atau jenis menhir bagi masyarakat biasa. Pada masa akhir abad ke-17 Masihi,
mulai muncul budaya tempatan berakulturasi dengan budaya Islam Tanah Melayu.
Makam-makam raja mulai dibuat megah. Memasuki abad ke-18 Masihi, budaya tempatan
semakin kuat berperanan, iaitu menonjolkan unsur-unsur budaya pra Islam yang
berkembang secara tempatan. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 Masihi, budaya
tempatan semakin kuat dalam kewujudan tamadun Islam di kawasan tersebut, dengan
anasir-anasir budaya megalitik yang kuat, dan bentuk-bentuk tamadun Islam dipengaruhi
oleh faktor budaya tempatan. Tamadun Islam yang berkembang pada abad ke-17 hingga 19
Masihi, di Sulawesi Selatan bercirikan makam-makam bercorak Makassar dan Bugis yang
juga ditemui di kawasan-kawasan lain di Nusantara.
Description
Keywords
Tamadun Islam , Arkeologi Dan Sejarah