Perkembangan Tamadun Islam Di Sulawesi Selatan, Indonesia:Dari Perspektif Arkeologi Dan Sejarah
dc.contributor.author | Rosmawati, Rosmawati | |
dc.date.accessioned | 2019-10-24T07:46:40Z | |
dc.date.available | 2019-10-24T07:46:40Z | |
dc.date.issued | 2013-10 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan mendapatkan data dan maklumat yang lebih komprehensif tentang tamadun Islam di kawasan Sulawesi Selatan, khususnya dari segi taburan, asal usul, jenis, masa perkembangan, pengaruh budaya tempatan, makna yang dikandungi dan peranannya di Nusantara. Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu, kaedah arkeologi dan kaedah sejarah. Jumlah tapak yang dikaji adalah sebanyak 29 buah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masa awal Islamisasi iaitu, abad ke-16/17 Masihi, mendapat pengaruh yang kuat daripada budaya Melayu Islam. Jirat dan nisan makam yang pertama berkembang di kawasan berkenaan adalah jirat makam sederhana jenis peti batu, kemudian di atasnya dipacakkan nisan jenis Acheh bagi raja yang berkemampuan secara ekonomi atau jenis menhir bagi masyarakat biasa. Pada masa akhir abad ke-17 Masihi, mulai muncul budaya tempatan berakulturasi dengan budaya Islam Tanah Melayu. Makam-makam raja mulai dibuat megah. Memasuki abad ke-18 Masihi, budaya tempatan semakin kuat berperanan, iaitu menonjolkan unsur-unsur budaya pra Islam yang berkembang secara tempatan. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 Masihi, budaya tempatan semakin kuat dalam kewujudan tamadun Islam di kawasan tersebut, dengan anasir-anasir budaya megalitik yang kuat, dan bentuk-bentuk tamadun Islam dipengaruhi oleh faktor budaya tempatan. Tamadun Islam yang berkembang pada abad ke-17 hingga 19 Masihi, di Sulawesi Selatan bercirikan makam-makam bercorak Makassar dan Bugis yang juga ditemui di kawasan-kawasan lain di Nusantara. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/9064 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Tamadun Islam | en_US |
dc.subject | Arkeologi Dan Sejarah | en_US |
dc.title | Perkembangan Tamadun Islam Di Sulawesi Selatan, Indonesia:Dari Perspektif Arkeologi Dan Sejarah | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: