Teknik Dan Taktik Pemujukan Iklan Majalah Ayahbunda: Satu Analisis Kandungan
Loading...
Date
2004-04
Authors
Ihza, Yustiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengkaji teknik-teknik & taktik-taktik pemujukan; serta kata-kata &
dakwaan-dakwaan tertentu yang digunakan oleh pengiklan di dalam struktur iklan
barangan tidak tahan lama untuk kanak-kanaklibu bapa. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis kandungan dan data kualitatifyang diperoleh daripada temu bual kepada
pembikin iklan.
Kajian ini menemukan bahawa pengiklan cenderung menggunakan Teknik
Memperhebat dengan Taktik Penghubungan pad a Tajuk Utama, Tajuk Kecil, dan
Slogan; Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan dan
Teknik Memperhebat dengan Taktik Pengulangan pada Teks; dan Kombinasi antara
Teknik Memperhebat dengan Taktik Komposisi dan Teknik Memperhebat dengan
Taktik Penghuhungan pada Gambar/Jlustrasi. Sementara itu, pengiklan tidak cenderung
menggunakan Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan
dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Penyimpangan pada Tajuk Kecil; Kombinasi
antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan, Teknik Memperhebat
dengan Taktik Pengulangan, dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Pembingungan
pada Teks; dan Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan, ..
Teknik Mempethebat dengan Taktik Pengulangan, dan Teknik Mengurangi dengan
Taktik Penyimpangan pada Teks. Hal ini disebabkan teknik-teknik dan taktik-taktik
pemujukan ini memungkinkan pengikJan untuk menghubungkan barangan yang
diiklankan dengan keperluan dan keinginan khalayak. Oleh kerana itu, mereka
digunakan pada struktur iklan sebagai pengambil perhatian, pembangun kepercayaan,
pendorong keinginan, penekan kepentingan, dan pencari maklum balas. Di sam ping itu,
para pengiklan tidak cenderung menggunakan Teknik Mengurangi dengan Taktik
Penghilangan, Teknik Mengurangi dengan Taktik Penyimpangan, dan Teknik
Mengurangi dengan Taktik Pembingungan kerana mereka tidak ingin menutupi
kelemahan yang dimiliki oleh barangan.
Kajian ini juga menemukan bahawa Teknik Pemyataan Neutral dengan Taktik
Penyebutan Jenama Barangan, Taktik Penggunaan Kata Neutral, dan Taktik
Penggunaan Kalimat Neutral, muncul pada Tajuk Utama dan Tajuk Kecil iklan kerana
ia berfungsi sebagai pengambil perhatian untuk mengarahkan khalayak membaca Teks
iklan.
Penganalisisan yang mendalam tentang Teknik Memperhebat dengan Taktik
Penghubungan menemukan tiga jenis pola pemujukan yang digunakan oleh pengiklan:
( I) Iklan dihubungkan dengan konteks penghubungan terhadap kepeduan dan keinginan .
asas khalayak; (2) Iklan dihubungkan dengan konteks penghubungan yang berpusat
pada barangan dan berpusat pada khalayak; dan (3) Jklan dihubungkan dengan beberapa
konteks penghubungan sekaligus. Hal ini kerana iklan mendakwa barangan yang
diiklankan dapat memenuhi kepeduan dan keinginan khalayak sekaligus. Penggabungan
antara konteks penghubungan ini bertujuan untuk memperkuat efek pemujukan.
Kata-kata dan dakwaan-dakwaan yang mengeJirukan khalayak sedikjt rugunakan
oleh pengiklan dalam iklan-iklan barangan tidak tahan lama untuk kanak-kanaklibu
bapa. Hal ini 'kerana pengiklan kadang-kadang merasa perlu menciptakan ilusi
keunggulan bagi barangan mereka dalam situasi persaingan untuk merebut perhatian
khalayak. Ini bermakna pengiklan berbincang kepada khalayak tentang kebenaran
barangan. Oleh itu, iklan masih merupakan sumber maklumat yang dapat dipercaya bagi'
khalayaknya.
Description
Keywords
Komunikasi , Teknik Dan Taktik Pemujukan Iklan