Teknik Dan Taktik Pemujukan Iklan Majalah Ayahbunda: Satu Analisis Kandungan

dc.contributor.authorIhza, Yustiman
dc.date.accessioned2016-10-13T08:31:39Z
dc.date.available2016-10-13T08:31:39Z
dc.date.issued2004-04
dc.description.abstractKajian ini mengkaji teknik-teknik & taktik-taktik pemujukan; serta kata-kata & dakwaan-dakwaan tertentu yang digunakan oleh pengiklan di dalam struktur iklan barangan tidak tahan lama untuk kanak-kanaklibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan data kualitatifyang diperoleh daripada temu bual kepada pembikin iklan. Kajian ini menemukan bahawa pengiklan cenderung menggunakan Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan pad a Tajuk Utama, Tajuk Kecil, dan Slogan; Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan dan Teknik Memperhebat dengan Taktik Pengulangan pada Teks; dan Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Komposisi dan Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghuhungan pada Gambar/Jlustrasi. Sementara itu, pengiklan tidak cenderung menggunakan Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Penyimpangan pada Tajuk Kecil; Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan, Teknik Memperhebat dengan Taktik Pengulangan, dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Pembingungan pada Teks; dan Kombinasi antara Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan, .. Teknik Mempethebat dengan Taktik Pengulangan, dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Penyimpangan pada Teks. Hal ini disebabkan teknik-teknik dan taktik-taktik pemujukan ini memungkinkan pengikJan untuk menghubungkan barangan yang diiklankan dengan keperluan dan keinginan khalayak. Oleh kerana itu, mereka digunakan pada struktur iklan sebagai pengambil perhatian, pembangun kepercayaan, pendorong keinginan, penekan kepentingan, dan pencari maklum balas. Di sam ping itu, para pengiklan tidak cenderung menggunakan Teknik Mengurangi dengan Taktik Penghilangan, Teknik Mengurangi dengan Taktik Penyimpangan, dan Teknik Mengurangi dengan Taktik Pembingungan kerana mereka tidak ingin menutupi kelemahan yang dimiliki oleh barangan. Kajian ini juga menemukan bahawa Teknik Pemyataan Neutral dengan Taktik Penyebutan Jenama Barangan, Taktik Penggunaan Kata Neutral, dan Taktik Penggunaan Kalimat Neutral, muncul pada Tajuk Utama dan Tajuk Kecil iklan kerana ia berfungsi sebagai pengambil perhatian untuk mengarahkan khalayak membaca Teks iklan. Penganalisisan yang mendalam tentang Teknik Memperhebat dengan Taktik Penghubungan menemukan tiga jenis pola pemujukan yang digunakan oleh pengiklan: ( I) Iklan dihubungkan dengan konteks penghubungan terhadap kepeduan dan keinginan . asas khalayak; (2) Iklan dihubungkan dengan konteks penghubungan yang berpusat pada barangan dan berpusat pada khalayak; dan (3) Jklan dihubungkan dengan beberapa konteks penghubungan sekaligus. Hal ini kerana iklan mendakwa barangan yang diiklankan dapat memenuhi kepeduan dan keinginan khalayak sekaligus. Penggabungan antara konteks penghubungan ini bertujuan untuk memperkuat efek pemujukan. Kata-kata dan dakwaan-dakwaan yang mengeJirukan khalayak sedikjt rugunakan oleh pengiklan dalam iklan-iklan barangan tidak tahan lama untuk kanak-kanaklibu bapa. Hal ini 'kerana pengiklan kadang-kadang merasa perlu menciptakan ilusi keunggulan bagi barangan mereka dalam situasi persaingan untuk merebut perhatian khalayak. Ini bermakna pengiklan berbincang kepada khalayak tentang kebenaran barangan. Oleh itu, iklan masih merupakan sumber maklumat yang dapat dipercaya bagi' khalayaknya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2732
dc.subjectKomunikasien_US
dc.subjectTeknik Dan Taktik Pemujukan Iklanen_US
dc.titleTeknik Dan Taktik Pemujukan Iklan Majalah Ayahbunda: Satu Analisis Kandunganen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: