Pemuliharaan bandar warisan untuk pembangunan pelancongan: kajian kes Melaka dan Kota Bharu
Loading...
Date
1997-12
Authors
Ahmad, A. Ghafar (Dr.)
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pemuliharaan bandar boleh disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan
warisan bandar daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan,
pengawalan dan pengurusan yang sempurna lagi sistematik. Dalam konteks
sebuah bandar warisan, fakta sejarah dan latarbelakang serta peninggalan
seni bina memainkan peranan yang penting di dalam memajukan industri
pelancongan. lni adalah kerana fakta sejarah dan latarbelakang sesuatu
temp at, kawasan atau bangunan • dapat memberikan maklumat yang
berguna k,epada para pelancong mahupun generasi akan datang. Maklumat
ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya kesan dan bahan peninggalan
sejarah seperti bangunan lama, kota atau kubu, monumen dan artifak.
Tujuan utama kajian ini ialah mengkaji hubungkait di. antara konsep
pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan tempatan. Selain
daripada mendalami konsep pemuliharaan bandar, i<ajian ini juga
menyentuh aspek-aspek pembentukan imej bandar dan pemasaran
pelancongan. Dua buah bandar warisan, iaitu Bandar Melaka dan Kota
Bharu telah dipilih sebagai bahan kes di dalam mencapai tujuan utama
kajian ini. Kaedah pengamatan imej bandar yang diperkenalkan oleh Kevin
Lynch telah diaplikasikan dalam kajian kes Bandar Melaka dan Kota Bharu.
Selain daripada itu, aspek pelancongan juga dibincangkan dalam kajian ini. lndustri pelancongan yang kian berkembang di Malaysia telah menjadikan
\ bandar-bandar warisan sebagai produk pelancongan yang amat berharga.
~ Faktor budaya yang unik juga dianggap sebagai produk pelancongan yang
;\) menarik terutamanya di kalangan para pelancong. Kajian ini juga
membincangkan kepentingan pemuliharaan bandar kepada negara dan
generasi akan datang.
Laporan kajian ini dibahagikan kepada 7 bab. Bab 1 merangkumi
pengenalan kajian termasuk matlamat, skop kajian, metodologi dan h·asil
kajian. Bab 2 membincangkan konsep pemuliharaan bandar, imej bandar
dan perundangan pemuliharaan bandar. Aspek-aspek mengenai
pembangunan industri pelancongan di Malaysia, hubungkait pelancongan
dengan pemuliharaan bandar, pemasaran pelancongan; dan peranan sektor
awam dan swasta dibentangkan dalam Bab 3. Bab 4 dan 5 iaitu kajian kes
Bandar Melaka dan Kota Bharu membincangkan pelbagai aspek berhubung
dengan sejarah, imej bandar dan pemuliharaan bandar. Bab 6 merumuskan
analisa dan penemuan dari Bab 4 dan 5. Manakala Bab 7 menutup kajian
ini dengan beberapa rumusan dan kesimpulan termasuk cadangan dan
pendapat penyelidik.
Description
Keywords
Bandar warisan , Pembangunan pelancongan , Kajian kes Melaka