Pemuliharaan bandar warisan untuk pembangunan pelancongan: kajian kes Melaka dan Kota Bharu

dc.contributor.authorAhmad, A. Ghafar (Dr.)
dc.date.accessioned2016-01-14T06:32:32Z
dc.date.available2016-01-14T06:32:32Z
dc.date.issued1997-12
dc.description.abstractPemuliharaan bandar boleh disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sempurna lagi sistematik. Dalam konteks sebuah bandar warisan, fakta sejarah dan latarbelakang serta peninggalan seni bina memainkan peranan yang penting di dalam memajukan industri pelancongan. lni adalah kerana fakta sejarah dan latarbelakang sesuatu temp at, kawasan atau bangunan • dapat memberikan maklumat yang berguna k,epada para pelancong mahupun generasi akan datang. Maklumat ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya kesan dan bahan peninggalan sejarah seperti bangunan lama, kota atau kubu, monumen dan artifak. Tujuan utama kajian ini ialah mengkaji hubungkait di. antara konsep pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan tempatan. Selain daripada mendalami konsep pemuliharaan bandar, i<ajian ini juga menyentuh aspek-aspek pembentukan imej bandar dan pemasaran pelancongan. Dua buah bandar warisan, iaitu Bandar Melaka dan Kota Bharu telah dipilih sebagai bahan kes di dalam mencapai tujuan utama kajian ini. Kaedah pengamatan imej bandar yang diperkenalkan oleh Kevin Lynch telah diaplikasikan dalam kajian kes Bandar Melaka dan Kota Bharu. Selain daripada itu, aspek pelancongan juga dibincangkan dalam kajian ini. lndustri pelancongan yang kian berkembang di Malaysia telah menjadikan \ bandar-bandar warisan sebagai produk pelancongan yang amat berharga. ~ Faktor budaya yang unik juga dianggap sebagai produk pelancongan yang ;\) menarik terutamanya di kalangan para pelancong. Kajian ini juga membincangkan kepentingan pemuliharaan bandar kepada negara dan generasi akan datang. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 7 bab. Bab 1 merangkumi pengenalan kajian termasuk matlamat, skop kajian, metodologi dan h·asil kajian. Bab 2 membincangkan konsep pemuliharaan bandar, imej bandar dan perundangan pemuliharaan bandar. Aspek-aspek mengenai pembangunan industri pelancongan di Malaysia, hubungkait pelancongan dengan pemuliharaan bandar, pemasaran pelancongan; dan peranan sektor awam dan swasta dibentangkan dalam Bab 3. Bab 4 dan 5 iaitu kajian kes Bandar Melaka dan Kota Bharu membincangkan pelbagai aspek berhubung dengan sejarah, imej bandar dan pemuliharaan bandar. Bab 6 merumuskan analisa dan penemuan dari Bab 4 dan 5. Manakala Bab 7 menutup kajian ini dengan beberapa rumusan dan kesimpulan termasuk cadangan dan pendapat penyelidik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1609
dc.language.isootheren_US
dc.subjectBandar warisanen_US
dc.subjectPembangunan pelanconganen_US
dc.subjectKajian kes Melakaen_US
dc.titlePemuliharaan bandar warisan untuk pembangunan pelancongan: kajian kes Melaka dan Kota Bharuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: