Eurosentrisme Dan Pemaparan Imej Orang Melayu Zaman Kolonial Bristish Sehingga 1900

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-12
Authors
Majid, Siti Mahani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini meneliti pengaruh pemikiran berpusatkan Eropah (Eurocentrisme) dalam penulisan sejarah tentang masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu oleh para pentadbir kolonial British sehingga kurun ke-19. Eurosentrisme merupakan satu bentuk pemikiran yang sering melihat dan mentakrifkan peradaban bukan Eropah melalui perspektif sejarah, geografi, sains dan kemajuan yang berasaskan ukuran dan nilai-nilai Eropah yang dianggap teragung. Kepercayaan tersebut telah muncul dalam perkembangan sejarah di Eropah sekurang-kurangnya sejak kurun ke- 16 lagi dan mempengaruhi pemikiran pentadbir kolonial British yang datang ke Tanah Melayu yang menghasilkan catatan-catatan tentang sifat-sifat serta perkembangan masyarakat Melayu sehingga 1900. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana wujudnya pengaruh pemikiran Eurosentrisisme dalam kalangan pentadbir kolonial British di negeri-negeri Melayu. Berdasarkan penelitian yang dibuat, didapati tulisan-tulisan dan catatan orang Eropah khususnya para pentadbir kolonial British tentang negeri-negeri Melayu sehingga 1900 telah dipengaruhi oleh unsur-unsur pemikiran Eurosentrisme yang amat ketara. Pengaruh pemikiran tersebut, diperkuatkan lagi oleh pegangan terhadap teori evolusi sosial dan kepercayaan tentang kerendahan masyarakat peribumi yang dijajah, mendorong penciptaan imej-imej negatif tentang orang Melayu. Pemaparan imej peribumi Asiatik, despotik dan feudal misalnya merupakan sebahagian kesan yang terpancar daripada pengaruh pemikiran Eurosentrisme yang kuat menguasai pemikiran pentadbir British yang menulis tentang peradaban orang Melayu. Kajian ini menjelaskan bagaimana pemikiran Eurosentrisme terus mempengaruhi pemikiran pengkaji sejarah moden selepasnya hingga mengukuhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya sifat-sifat masyarakat peribumi yang Asiatik, despotik dan feudal dalam penulisan sejarah tentang orang Melayu hingga ke hari ini.
Description
Keywords
Eurosentrisme dan pemaparan imej orang Melayu , zaman kolonial Bristish sehingga 1900
Citation