Eurosentrisme Dan Pemaparan Imej Orang Melayu Zaman Kolonial Bristish Sehingga 1900

dc.contributor.authorMajid, Siti Mahani
dc.date.accessioned2019-08-05T07:02:40Z
dc.date.available2019-08-05T07:02:40Z
dc.date.issued2016-12
dc.description.abstractKajian ini meneliti pengaruh pemikiran berpusatkan Eropah (Eurocentrisme) dalam penulisan sejarah tentang masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu oleh para pentadbir kolonial British sehingga kurun ke-19. Eurosentrisme merupakan satu bentuk pemikiran yang sering melihat dan mentakrifkan peradaban bukan Eropah melalui perspektif sejarah, geografi, sains dan kemajuan yang berasaskan ukuran dan nilai-nilai Eropah yang dianggap teragung. Kepercayaan tersebut telah muncul dalam perkembangan sejarah di Eropah sekurang-kurangnya sejak kurun ke- 16 lagi dan mempengaruhi pemikiran pentadbir kolonial British yang datang ke Tanah Melayu yang menghasilkan catatan-catatan tentang sifat-sifat serta perkembangan masyarakat Melayu sehingga 1900. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana wujudnya pengaruh pemikiran Eurosentrisisme dalam kalangan pentadbir kolonial British di negeri-negeri Melayu. Berdasarkan penelitian yang dibuat, didapati tulisan-tulisan dan catatan orang Eropah khususnya para pentadbir kolonial British tentang negeri-negeri Melayu sehingga 1900 telah dipengaruhi oleh unsur-unsur pemikiran Eurosentrisme yang amat ketara. Pengaruh pemikiran tersebut, diperkuatkan lagi oleh pegangan terhadap teori evolusi sosial dan kepercayaan tentang kerendahan masyarakat peribumi yang dijajah, mendorong penciptaan imej-imej negatif tentang orang Melayu. Pemaparan imej peribumi Asiatik, despotik dan feudal misalnya merupakan sebahagian kesan yang terpancar daripada pengaruh pemikiran Eurosentrisme yang kuat menguasai pemikiran pentadbir British yang menulis tentang peradaban orang Melayu. Kajian ini menjelaskan bagaimana pemikiran Eurosentrisme terus mempengaruhi pemikiran pengkaji sejarah moden selepasnya hingga mengukuhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya sifat-sifat masyarakat peribumi yang Asiatik, despotik dan feudal dalam penulisan sejarah tentang orang Melayu hingga ke hari ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8574
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEurosentrisme dan pemaparan imej orang Melayuen_US
dc.subjectzaman kolonial Bristish sehingga 1900en_US
dc.titleEurosentrisme Dan Pemaparan Imej Orang Melayu Zaman Kolonial Bristish Sehingga 1900en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: