Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah Di Kuala Lumpur
Loading...
Date
2007-04
Authors
Md. Sani @ Abd. Rahim, Norazmawati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kemampuan pemilikan rumah merupakan keupayaan kewangan
seseorang untuk membayar kos-kos perumahan yang terlibat di dalam proses
membeli rumah. lsu mengenai kemampuan memiliki rumah seringkali
dibincangkan dan melibatkan golongan berpendapatan sederhana dan
golongan berpendapatan rendah. Namun demikian, masalah kemampuan untuk
memiliki rumah lebih kritikal dialami oleh golongan berpendapatan rendah
kerana pendapatan yang terhad dan harga rumah yang tinggi menyebabkan
golongan berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah sendiri. Objektif
kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kemampuan golongan berpendapatan
rendah memiliki rumah kos rendah dan pembolehubah yang mempengaruhi
kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah
di Kuala Lumpur. Secara umumnya untuk mengukur kemampuan seseorang
memiliki rumah ialah dengan berpandukan pendapatan mereka iaitu sekiranya
pendapatan mencukupi untuk membayar ansuran rumah dan untuk
perbelanjaan-perbelanjaan lain yang ditawarkan di pasaran, maka mereka
dianggap sebagai berkemampuan untuk memiliki rumah dan begitulah
sebaliknya. Sampel kajian merangkumi 300 orang iaitu pemilik rumah kos
rendah di Kuala Lumpur yang diuruskan di bawah pentadbiran Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kaedah persampelan sistematik digunakan
untuk memilih sampel dan kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah
binari regresi logistik. Hasil kajian mendapati bahawa golongan berpendapatan
rendah mampu memiliki rumah kos rendah di Kuala Lumpur. Pembolehubah
utama yang dikenalpasti mempengaruhi kemampuan golongan berpendapatan
rendah untuk memiliki rumah kos rendah ialah pendapatan isi rumah,
perbelanjaan isi rumah, jenis-jenis pekerjaan, tahap pendidikan, isi rumah yang
bekerja dan jumlah bayaran bulanan perumahan. Manakala hanya satu
pembolehubah sahaja yang tidak mempengaruhi kemampuan golongan
berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah di Kuala Lumpur iaitu
pembolehubah mempunyai anak.
Description
Keywords
Kemampuan golongan berpendapatan rendah , memiliki rumah kos rendah.