Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah Di Kuala Lumpur

dc.contributor.authorMd. Sani @ Abd. Rahim, Norazmawati
dc.date.accessioned2017-09-28T07:33:58Z
dc.date.available2017-09-28T07:33:58Z
dc.date.issued2007-04
dc.description.abstractKemampuan pemilikan rumah merupakan keupayaan kewangan seseorang untuk membayar kos-kos perumahan yang terlibat di dalam proses membeli rumah. lsu mengenai kemampuan memiliki rumah seringkali dibincangkan dan melibatkan golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Namun demikian, masalah kemampuan untuk memiliki rumah lebih kritikal dialami oleh golongan berpendapatan rendah kerana pendapatan yang terhad dan harga rumah yang tinggi menyebabkan golongan berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah sendiri. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kemampuan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah kos rendah dan pembolehubah yang mempengaruhi kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah di Kuala Lumpur. Secara umumnya untuk mengukur kemampuan seseorang memiliki rumah ialah dengan berpandukan pendapatan mereka iaitu sekiranya pendapatan mencukupi untuk membayar ansuran rumah dan untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain yang ditawarkan di pasaran, maka mereka dianggap sebagai berkemampuan untuk memiliki rumah dan begitulah sebaliknya. Sampel kajian merangkumi 300 orang iaitu pemilik rumah kos rendah di Kuala Lumpur yang diuruskan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kaedah persampelan sistematik digunakan untuk memilih sampel dan kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah binari regresi logistik. Hasil kajian mendapati bahawa golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah kos rendah di Kuala Lumpur. Pembolehubah utama yang dikenalpasti mempengaruhi kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah ialah pendapatan isi rumah, perbelanjaan isi rumah, jenis-jenis pekerjaan, tahap pendidikan, isi rumah yang bekerja dan jumlah bayaran bulanan perumahan. Manakala hanya satu pembolehubah sahaja yang tidak mempengaruhi kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah di Kuala Lumpur iaitu pembolehubah mempunyai anak.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4738
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKemampuan golongan berpendapatan rendahen_US
dc.subjectmemiliki rumah kos rendah.en_US
dc.titleKemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah Di Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: